Tulang rusuk yang bengkok
waiaupun aku tulang rusuk yang bengkok... ... ... akulah wanita disebalikmu akulah teman tidurmu akulah penghiburmu akulah pendengar setiamu akulah wanita itu
walaupun aku tulang rusuk yang bengkok... ... aku sentiasa bersabar dengan karenahmu, aku sentiasa berusaha menjadi yang terbaik buatmu, aku sentiasa mengalah dalam apa jua agendamu.
aku tulang rusuk yang bengkok... .. luruskanlah aku dengan sebaiknya tunjukkanlah aku jalan kearahNya pandulah aku menuju kedestinasinya kerana aku mahu menghuni syurga dan engkaulah satu-satunya laluanku menuju syurga
aku tulang rusuk yang bengkok andai buruk perlakuanmu andai songsang arahmu andai tak bisa engkau meluruskanku maka patahlah aku... .. tulang rusuk yang bengkok itu... ... namun bukan patahku yang aku gusarkan tetapi sengsaramu yang lebih aku bimbangkan kerana engkau suami patahku tentu akan membawa padah untukmu patahku tentu akan menyiksa dirimu di akhirat nanti dan aku tidak ingin menjadi laluan untukmu ke neraka
aku tulang rusuk yang bengkok dan akulah wanita itu akulah isterimu perbaikilah dirimu dan didiklah aku... ... ... ... ..
No comments:
Post a Comment