Pages

Wednesday, February 13, 2013

Teguran Dari Muslimin

muslimah 
mungkin aku memang tak romantik 
tapi siapa peduli? 
kerana itu kau tak mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku. 
bagiku kau bunga teristimewa 
tak mampu aku samakan dengan bunga terindah sekalipun 
indahnya muslimah berhias sifat pemalunya 

muslimah 
jangan sesekali biarkan aku menatapmu 
kerana kau akan membuat aku mengingatimu 
bererti memenuhi kepalaku dengan mengagumimu 
berimbas pada tersusunnya gambarmu pada setiap dinding khayalku 
membuatkanku inginkanmu sepenuh hati 
seluruh jiwa, sesemangat mentari 
kasihanilah dirinmu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur 
kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci 

muslimah 
berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung 
ada ingin tapi tiada henti 
menyentuhmu merupakan kemahuan diriku 
meskipun hujung tudungmu pun tak berani kusentuh 
jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku 
jangan sucimu kau pertaruhkan 
mungkin kau tak peduli 
tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah 
dan tak lebih dari wanita biasa 

muslimah 
jangan sesekali kau renung 
bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku 
bukan kerana aku terlalu indah 
tapi kerana aku masih seorang yang terlalu kotor 
aku hanya memakai topeng keindahan pada wajah burukku 
mengenakan pakaian sutera emas 
meniru laku para solihin 
sedangkan hakikatnya hatiku lebih kotor dari lumpur 

kau memang suci tapi kau mungkin termanipulasi 
kerana kau hanya manusia... hanya wanita 

muslimah 
beri sepenuh dirimu pada dia 
lelaki suci yang dengan setulus hati membawamu ke hadapan Tuhanmu 
tunggu lelaki itu menjemputmu 
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah 
bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas 
relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu 
mungkin sekarang atau nanti 
bahkan mungkin tiada sampai kau mati 
mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini 
mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu 
yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu 

muslimah 
pilihan Allah tak selalu seindah inginmu 
tapi itu pilihan-Nya 
tak ada yang lebih baik dari pilhan Allah 
mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu 
melainkan pada jalan yang kau pilih 
seperti kisah seorang wanita sudi menerima di masa lalu yang meminta keislaman 
sebagai mahar pernikahannya 
atau mungkin kebaikan itu terletak pada keihklasanmu menerima keputusan 
Kekasih Tertinggi 
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita 
Dialah Tuhan Yang Maha Esa... .ALLAH..

No comments:

Post a Comment