Sifat sabar adalah permulaan bagi segala maqam atau segala pangkat yang boleh diterima oleh setiap orang yang ingin mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Seseorang yang telah dapat memiliki sifat sabar ini, dia akan meningkat pula kepada satu lagi maqam yang lebih tinggi iaitu sifat redha. Sifat redha ini adalah taraf atau maqam yang tinggi selepas sifat sabar.
Bila kita katakan seseorang itu sabar, ertinya dia dapat menerima segala ketentuan qada' dan qadar Allah swt. Tapi perlulah kita ingat bahawa sekiranya kita tidak bole sabar dengan segala ketentuan dari Allah swt, maka payah sekali untuk redha denganya. Lebih2 lagi untuk kita merasa terhibur dengan segala ketentuan dari Allah swt ke atas setiap diri kita.
Mungkin seseorang itu dapat bersabar dan dapat pula dia redha dengan segala ketentuan Allah swt, tapi adakah dia terhibur dengan segala ketentuan Allah swt itu? Untuk itu dia memerlukan sedikit usaha untuk mendapat maqam terhiburnya dia dengan segala ketentuan Allah swt iaitu qada' dan qadar Allah swt.
Jadi, untuk menjadi golongan diantara orang2 soleh @ solehah, maka hendaklah kita memiliki sifat sabar dan redha terlebih dahulu. Sebab itu, hendaklah kita berusaha untuk mendapatkan sifat-sifat yang mulia itu disamping kita berdoa kepada Allah swt untuk dianugerahkan kita rahmatNya, moga-moga kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang dimuliakan di sisi Allah swt. Diantara doa yang bole kita panjatkan kepada Allah swt ialah yang bermaksud :
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkan kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepadaMu)"
No comments:
Post a Comment