Pages

Tuesday, February 26, 2013

Renungkanlah kata-kata hikmah ini.....

Janganlah anda membebani diri dengan sesuatu di luar kemampuan, jangan mengemukakan sesuatu yang anda tidak ketahui dengan pasti, jangan menuntut sesuatu balasan melebihi
yang semestinya anda terima berdasarkan usaha anda.

 
Mengaku kesempurnaan diri adalah tangga kesempurnaan budi, keberanian yang luarbiasa
itu adalah berusaha terus mengisi kekurangan.


 
Urusan yang kecila kan kelihatan besar bagi orang yang berjiwa kecil, dan urusan yang kecil
akan kelihatan besar bagi orang yang berjiwa besar.


 
Yang dilukai oleh lidah lebih sakit dari yang digigit. Barangsiapa yang lembut lidahnya tentu banyak saudaranya.


 
Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah. Sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling besar.

  
Kalau kita dalam kesusahan janganlah kita benci kepada orang yang gembira. Kalau kita bersalah orang berbisik kita cemburu.

 
Taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan, walaupun manusia itu memang tidak sepi dari kesalahan. (Al Ghazali)


 
Pandai mengasihi orang adalah setengah daripada akal, pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang adalah setengah daripada sumber rezeki.
(Saiyidina Umar Al-Khattab)

No comments:

Post a Comment