Pages

Monday, February 4, 2013

Lelaki dan wanita hebatnya di mana


Lelaki dan wanita hebatnya di mana 
SABDA RASULLAH, "MANUSIA YANG PALING BIJAK IALAH SELALU INGAT PADA MATI" UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA. LELAKI & WANITA

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

3. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

4. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

5. Bagi lelaki, yang terakhir sekali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.




6. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan hanya menjadi pendengar. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki pula menjadi pendengar. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga pula sibuk menjadi pendengar.

7. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 

No comments:

Post a Comment