1. Syurga akan dihias semula.
Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana ia lebih hebat lagi. Haruman syurga juga akan ditambah. Ia boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan.
2. Bidadari diciptakan oleh Allah
Bidadari merupakan penghias syurga. Mereka tidak dilahirkan oleh sesiapa tetapi dijadikan oleh Allah khusus untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t. ketika di dunia. Balasan ini akan diperolehi mereka semasa di dalam syurga.
3. Allah akan menyeru sebanyak tiga kali.
Pada malam pertama Ramadan bahkan pada setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: Adakah di sana sesiapa ingin meminta sesuatu lalu Aku akan berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku akan ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah s.w.t! . maka Aku akan menerima taubat .
Pada bulan puasa Allah membuka seluas-luasnya peluang kepada hamba-hamba-Nya supaya beribadat kepada-Nya.
4. Ikan di air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka puasa.
5. Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadan
6. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi.
Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Berkat di sini bermaksud menghubungkan kita dengan Allah. Pada bulan ini, apa saja kebaikan yang dilakukan untuk menghubungkan diri kepada Allah, akan digandakan pahalanya oleh Allah s.w.t.
Pada bulan ini juga Allah memerintahkan Malaikat Ridzuan supaya membuka pintu syurga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa melakukan kebaikan. Allah berseru:
Wahai Ridzuan, bukalah pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w.
Allah ju! ga berseru kepada malaikat Malik yang menjaga pintu neraka:
Hendaklah kamu tutup pintu-pintu al-Jahim ataupun pintu-pintu neraka daripada golongan Nabi Muhammad.
Pada bulan ini juga Allah memerintahkan kepada Jibril a.s. supaya turun ke bumi untuk mengikat atau membelenggu syaitan dan melontarnya ke dalam lautan-lautan.
Tiga perkara penting elok dibuat pada bulan Ramadan
1. Mesti kuatkan kerja
Kerja melambangkan kesungguhan kita meminta sesuatu daripada Allah. Sebagai hamba kita perlu beramal sebanyak mana yang boleh kerana amalan kita itu akan dilihat oleh Allah s.w.t.
2. Banyakkan istighfar
Jika kita merasakan banyak dosa kepada Allah, inilah bulan yang sesuai untuk memohon keampunan-Nya. Selain melakukan ibadah puasa, kita dapat membentuk peribadi.
Semasa berpuasa, manusia berada pada keadaan yang lemah dan manusia bila berada pada keadaan yang lemah akan teringat kepada Allah.
3. Bertaubat kepada Allah
Pada bulan ini manusia akan mudah mendapat keampunan daripada Allah jika mereka benar-benar bertaubat
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment