Assalammualaikum... .
Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda… Wanita yang tidak menutup aurat, khususnya ketika berada di luar, amatlah rugi. contohnya, seorang gadis tidak bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC itu pula contohnya terdapat 3,000 manusia yang bukan muhrim, setiap kali pandangan lelaki itu, wanita tersebut mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari lelaki yang melihat (1 kali ganda), kerana wanita itu yang menyebabkan lelaki2 tersebut tertarik untuk melihat, subhanallah, cuba bayangkan betapa banyaknya dosa kita, belum lagi dicampur dengan dosa2 kita yang lain seperti melawan cakap kedua ibu bapa, menipu, dan lain2. dalam hal lain pula, saya ambil contoh, terdapat wanita bermain internet, contohnya myspace atau friendster, dia menayangkan gambarnya yang tidak bertudung. Kemudian kita bayangkan pula berapa ramai kaum lelaki yang visit page kita, kalau dalam sehari ada 1000 orang, cuba bayangkan pula jika hari2 mereka dan orang lain visit page kita dan melihat gambar kita tidak bertudung dan mendedahkan tubuh badan, lihatlah terlalu senang kita mengumpul dosa, apa yang sedihnya, walaupun kita berada di dalam rumah dan ketika itu kita sedang bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan atas kerana sekeping gambar kita'. fikir2kanlah. Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah itu wujud, kematian itu wujud, ujian Allah itu wujud.
KENAPA WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT?
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu."
BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIPERLIHATKAN?
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud).
MUKA DAN TANGAN: Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."
Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.
MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
KEPADA SIAPA AURAT WANITA BOLEH DIPERLIHATKAN?
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31)
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Monday, February 18, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment