Pages

Saturday, February 16, 2013

Dunia Jambatan Akhirat


Assalamualaikum w.b.t.


Daripada Ibn Umar r.a beliau berkata, �Rasulullah saw memegang kedua bahuku sambil bersabda. �Jadikanlah kamu di dunia ini seolah-olah kmu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan�
Ibn Umar berkata: �apabila kamu telah berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu hingga datangnya waktu pagi. Dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah pula kamu menunggu datangnya waktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu� (HR Bukhari)
Mukimin di dalam kehidupan dunia, tidak lebih dari laksana orang asing atau orang yang berada dalam perjalanan. Dia tidak akan cenderung kepada dunia, tidak disibukkan atau tertipu dengan kemewahan yang ada. Dunia bukanlah layak untuk dijadikan tempat pergantungan dan sebagai sebab untuk bekerja demi mendapatkan kemewahannya. Dunia di sisinya hanyalah tempat persinggahan sementra bukan tempat menetap untuk selamanya.
(3:185) �Dan ingatlah kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya�
Hati seorang mukmin akan tetap merasakan bahawa hidupnya di dunia ini hanyalah sebagai orang asing yang jauh dari tanah air, keluarga dan sanak-saudara. Dia sentiasa merindui penduduk tanah airnya yang sebenar, rindu pada keluarga, kekasih, sanak-saudara dan sahabat handai. Meskipun dia sudah lama hidup di negeri orang, dia tetap tidak merasai ketenangan hakiki. Hatinya sentiasa berkeinginan untuk meninggalkan negeri itu. Oleh itu, dia tidak membina tempat tinggal yang dibanggakan dan tidak mengumpulkan alat perkakas dan perhiasan rumah, tetapi dia redha dengan sedikit sahaja.
Dia sibuk menyimpan, menabung dan menyiapkan hadiah-hadiah dan cenderamata untuk dinikmati di negerinya yang hakiki bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai, kerana dia benar-benar yakin di sanalah tempat tinggal yang sebenar.
(9:38) �Padahal kenikmatan hidup di dunia hanyalah sedikit kalau dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.�
Hassan Al-Basri: �Mukmin laksana orang asing, dia tidak risau dengan kehinaan dunia. Tidak berlumba mendapatkan kemegahan dunia. Dia berada di dalam dunianya yang tersendiri sedang manusia berada di dalam dunia mereka�
Demikianlah seorang mukmin di dunia ini, dia mengambil tempat tinggal dan kelengkapan sebagai pembantu dalam mendapatkan keinginannya di akhirat iaitu KEREDHAAN ALLAH swt.
(2:198) �Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang ber�aqal�
Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment