" .. Jom makan babi Islam! .. "
Apa 2?? Jom baca kisah ni..kot2 faham..Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura
sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh
hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya
berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak
diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan
perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk
pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...
Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu
bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk
rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam.
Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang
mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC"
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni.
Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai
serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar
bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula,
mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di
depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi.
Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun
mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan
Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu,
aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah
sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi,
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila
aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh,
pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah
dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat
hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku
nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga
dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia.
Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas
tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku
vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih
babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai
je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut
teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka
macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi
Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun
sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan
yang haram itu jelas... yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa
cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri
terutamanya... .wallahualam
P/s : Couple itu Haram..Jauhi Pergaulan bebas..
~ credit to : I is me is my is mine is myself ~
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment