Assalamualaikum, berikut adalah waktu-waktu doa mustajab:
Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir, setiap lepas solat
fardhu, berdoa di tempat yang sunyi, ketika dalam peperangan atau
darurat, ketika dalam sujud, ketika dizalimi orang, semasa dalam
perjalanan(musafir), mendoakan kebaikan anak dari seorang bapa, ketika
wukuf di padang arafah, selepas solat subuh sebelum terbit matahari,
selepas solat asar, ketika hendak berbuka puasa, doa seorang yang sakit,
doa pada malam Lailatul Qadr, malam Jumaat, di dalam Masjid Al-Haram
Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis,
apabila khatam membaca Al-Quran 30 juz, doa raja yang adil, doa anak
yang taat kepada bapanya, ketika tawaf mengelilingi Kaabah, di belakang
makam Ibrahim di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid-Masjid di mana jua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment