Allah berfirman:... Aku melindungi dia dengan
peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan
yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-‘Imran: 36)
Keterangan ayat:
Hinnah Faquza, isteri Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat
seekor burung memberi makan kepada anaknya. Terlintas dalam fikirannya
untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah jika mendapat anak lelaki
akan disuruh memberi khidmat kepada Baitulmaqdis.
Allah
memakbulkan doanya tetapi dikurniakan anak perempuan. Lazimnya,
tanggapan umum kepada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk
menjaga rumah suci itu.
Walaupun begitu, bayi ini adalah
anugerah Allah yang wajib disyukuri. Tambahan pula ia adalah bayi
perempuan yang sempurna dan cantik. Nama yang diilhamkan oleh Allah
untuk diberikan ialah Mariam yang bermakna kuat ibadat dan khidmatnya
untuk Allah.
Ia juga dinamakan dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.
Munajatnya kepada Allah ialah ayat di atas,... memohon kasih-Nya agar
dijaga Mariam dan keturunannya daripada syaitan yang dilaknat.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “setiap anak
yang dilahirkan akan diganggu oleh syaitan melainkan Mariam kerana doa
yang dibacakan oleh ibunya itu”.
Khasiat dan kaifiat beramal:
Amalkanlah membaca doa ini kepada anak yang baru dilahirkan untuk
mendapat perlindungan Allah. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 36 surah
ali-‘Imran)
No comments:
Post a Comment