Pages

Friday, January 25, 2013

2 pengajaran buat kita. | ADAKAH KITA MAKAN KULIT, BUANG KACANG?


ADAKAH KITA MAKAN KULIT, BUANG KACANG?
Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil
minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes
yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.

Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit
seringgit.

Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap
mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu?

Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I
mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?

Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu
peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?

Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang
seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan
appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya
melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa
menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda
kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective
People" menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak
menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara
bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak
kecilnya duduk di sebelah kita.

Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri
sementara anak-anaknya berlarian sambil menjerit-jerit sekuat
hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal
mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?

Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak
encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika dengan tersenyum sedikit.

"Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.

Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab
kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada
mereka hal ini."

Kemudian dia sambung lagi: "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain
supaya tak menganggu anda makan."

Apa rasa kita masa itu?

Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an! mengatakan, beza antara manusia
itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya
selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan
anda?

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment