Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah" ) merupakan 
penziarahan raksasa yang dilakukan umat Islam di Makkah, Arab Saudi dan 
ia adalah antara penghijrahan yang terbesar di dunia. Merupakan tuntutan
 ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun 
Islam,[1] kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam 
sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang 
berkemampuan dan berkuasa.[2] Haji adalah satu demonstrasi perpaduan dan
 persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada 
Allah.[3]
  
  Penziarahan ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari 
bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim 
tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang 
berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh 
Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.[4] 
No comments:
Post a Comment