Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam 
untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. 
Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan 
kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah 
kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut 
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber?T-Shirt' berlengan pendek. 
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ?menggoda'. 
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 
Sebahagian
 wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia 
adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: 
ertinya : 
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai 
ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU 
KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31) 
Pengertian khumur 
(tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. 
Sedang apa yang disebut ?juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata 
jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh 
pakaian/baju. 
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya 
dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua 
tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang 
memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. 
Menurut
 Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam 
ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk 
mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut 
dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up 
dan sebagainya. 
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada 
orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan 
melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, 
melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza
 pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya. 
Misalnya
 sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan
 apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin. 
Yang 
berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus 
dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua 
tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah 
apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', 
Auza'i dan lain-lain. 
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, 
Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh 
dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan 
tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya 
dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di 
jauhi dari mendedahkannya. 
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini 
tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh 
perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah 
di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang 
sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. 
Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, 
adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah 
haram. 
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus 
bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya 
itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan 
banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau 
perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan 
akan menimbulkan fitnah. 
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31) 
Kesemua
 jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat 
seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan 
mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan 
perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga 
(anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), 
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang 
kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. 
Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada 
rukhsah untuk dinampakkan. 
Amat jelas dari dalil al-Quran dan 
al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang 
membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah
 pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya 
tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan 
sebagainya. 
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Ada
 dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya 
itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai 
buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang 
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
 mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar 
punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat 
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh 
perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim) 
Mereka 
dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada 
tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup 
aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu 
tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan 
pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof
 Al-Qaradawi) 
?Bukhtun' adalah salah satu macam daripada 
unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan 
seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas. 
Disebalik
 keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman
 sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan 
pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula 
apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini 
Larangan Nipis
Saidatina
 Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah 
masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. 
Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan: 
"Hai Asma'! 
Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), 
tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil 
ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud) 
Walaupun
 terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis 
lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini 
tidak akan membawa fitnah. 
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan 
bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain 
aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, 
hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam) 
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan. 
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith /font> 
Ertinya
 : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di 
sebelah dalamnya) (Riwayat Al-?Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, 
Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) . 
Menurut 
Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh
 dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para 
sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para 
sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond 
Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa 
At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831) 
Berdasarkan 
dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk 
berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian 
menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh. 
KESALAHAN
 KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi 
memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada 
menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi
 nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian 
canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu 
dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan
 lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita 
itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. 
Larangan ini datang 
dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah
 dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam 
hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) 
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT 
Berdasarkan
 dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu 
remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan 
usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat 
diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, 
maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak 
luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar 
nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan 
mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada 
disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya 
" Maka 
Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan 
kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 
20) 
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah /font> 
a) Perbezaan dengan binatang. 
Allah SWT berfirman : 
"
 Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh 
menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26) 
Amat
 jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja 
yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru 
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia 
menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan 
dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat. 
b) Agar kaum wanita tidak disakiti 
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59. 
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam. 
Ia
 juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT 
menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali 
(sebagai wanita Islam).. » 
Dari sini jelas, menunjukkan 
salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai 
penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar 
Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati » 
d) Tanda 
profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati 
bagaimana ?trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti
 meletakkan ?dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya.
 Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan 
restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat 
melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di 
PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat 
mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ?standard' berbanding Tauke 
kedai runcit yang tidak beruniform. 
Justeru, Islam adalah satu 
agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap 
menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari 
hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan 
kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat 
perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ?standard' pemakaian 
yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan 
logik aqal manusia yang sihat. 
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. 
Saya
 kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup 
dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" 
(Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER 
Ungkapan 
ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya.
 Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa 
bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta 
mendedahkan aurat. 
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya. 
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi. 
Benarkah
 hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam 
Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ?advance' hujahnya lantas berhujjah
 dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : 
"Sesungguhnya
 Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi 
melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim) 
Simpati 
bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya
 berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam
 dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. 
"Seorang 
pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ?game' semasa waktu
 kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, 
lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja 
kalau begini sikap kamu" 
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ?game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang" 
Adakah
 anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah 
SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar 
perintahNya ? 
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah 
ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran
 kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah 
bersabda ertinya : 
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak 
Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang 
itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia 
adalah hati" (Riwayat Muslim) 
Berdasarkan hadith ini, menurut 
neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat 
pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa 
menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda 
kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan 
kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat 
pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua 
adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti 
sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. 
Justeru, 'we can judge a 
book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam 
dilanggar, maka sudah tentu ?that cover is reflecting what's inside the 
heart of a person'. 
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith : 
Ertinya
 : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes 
pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih
 cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan 
hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku
 jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang 
cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu 
mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, 
no 3920 ) 
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim 
dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang 
diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya 
adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati 
begini boleh dianggap baik oleh Islam. 
Kaum wanita perlu 
menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang 
melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang 
beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, 
tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. 
Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan 
aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW 
Ertinya : 
Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan 
dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( 
Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih ) 
Termasuklah dalam erti 
mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di 
hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si
 wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang 
memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah 
gunungan dosa mengaratkan hatinya ?. 
Sesungguhnya Allah itu maha
 adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan
 mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan 
kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga 
dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih 
seolah meraguinya. ? 
Sekian 
No comments:
Post a Comment