Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan
dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah
apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah
ditemui... (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang
selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan
tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara.
Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita,
mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah
kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin.
Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi
mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin,
tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang
meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup
dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami
berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50
sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan.
Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.
Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand
kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi.
Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang
Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta?
Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi
tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang
sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.
Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh
dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah
akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana
Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus.
Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi
hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah
pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat
datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi,
jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju
pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk
dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi
kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis
perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi
pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan
agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin
meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak
daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang
perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak
bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan
yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin
terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin
kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan
untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan
alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki
untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka
nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di
muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R.
Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan
asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak
menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang
boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini
nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang
sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang
yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia
sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang
paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa
dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat
dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah
tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di
atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu
kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu
berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah
segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin
awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata:
Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu
menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam
An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang
hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan
kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan
masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah
yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah
s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia
tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
**copycat~
No comments:
Post a Comment