Pages

Friday, November 23, 2012

Pilih Pasangan Elak Penyesalan

Menurut penceramah bebas, Shafie Jali mengenali pasangan, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'. 
1) Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta 
keluarganya,'' ujarnya. Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya, seseorangitu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya 
terjamin akhlak dan agamanya. 
2) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.``Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya. Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.``Jika terdapat keturunan golongan atasan, 
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.``Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya. 
3) Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan 
mengakhirinya dengan perkahwinan.'' 
4) Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; ``Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. ``Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. ``Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya. 
Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya,akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. ``Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin. ``Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya.

No comments:

Post a Comment