x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.
kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.
bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.
salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji…
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata
mmg susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya
hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini
complicated dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah
manusia itu bersifat ikhtiariah…
boleh memilih apa yg dia
mahu sbb dia ada akal
andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah
andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang
Allah sayangkan kita Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yg mendpt petunjuk. ukhuwwah fillah abadan abada’… Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih… Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja… Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon… Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah SWT punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika sega la sesuatu berja lan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi… Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap… Allah SWT TAHU ……. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa se panjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membu at yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Never love a love that hurts…….. never hurt a love that loves !!!
"Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu …namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu … "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…"
Pages
▼
Friday, November 23, 2012
Pilih Pasangan Elak Penyesalan
Menurut penceramah bebas, Shafie Jali mengenali pasangan, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'.
1) Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta
keluarganya,'' ujarnya. Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya, seseorangitu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya
terjamin akhlak dan agamanya.
2) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.``Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya. Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.``Jika terdapat keturunan golongan atasan,
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.``Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya.
3) Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan
mengakhirinya dengan perkahwinan.''
4) Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; ``Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. ``Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. ``Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya.
Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya,akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. ``Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin. ``Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya.

Doa Jibril Di’amin’kan Nabi: Yang Palsu Dan Yang Benar
Saudara/saudari yang dikasihahi sekalian.
Saban tahun menjelangnya Ramadhan, akan berlegar emel-emel memohon maaf dengan bersandarkan pernyataan yang dikatakan doa daripada Jibril A.S iaitu:

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Namun, ketahuilah bahawa ianya tidak diketahui asal-usulnya. Bila para pengkaji hadith mengkajinya, ia didapati palsu, suatu cubaan untuk berdusta atas nama baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Para pengkaji hadith menemui hadith lain yang mirip kepada kata-kata di atas iaitu:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)
Maka, nasihat saya… Berhati-hatilah bila disampaikan sesuatu kepada kita yang dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم . Cuba teladani kisah bagaimana para sahabat bersikap terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari (no: 5891) di bawah:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata: Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”
Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda sedemikian.
Namun, saya akui tidak ramai yang mampu untuk menilai setiap apa yang disampaikan kepadanya. Jadi, saya sarankan agar kita memilih antara dua pilihan di bawah:
- Berdiam diri daripada menyebarkannya sehinggalah jelas diketahui bahawa ianya benar shahih daripada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , atau;
- Menyampaikannya kepada mereka yang dipercayai sebagai ahli dalam bidang hadith untuk memintanya agar membuat semakan terhadap hadith itu.
Apabila telah dijelaskan kepalsuan sesuatu hadith, sebaiknya kita berhenti menyebarkannya dan seboleh-bolehnya maklumkan semula kepada mereka yang pernah mendengarnya daripada kita bahawa ianya adalah palsu. Ini kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memberi ancaman kepada pendusta atas namanya:
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. (Hadith Shahih Mutawattir, Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain)
Akhir kata, sama-samalah kita sambut Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan, seperti mana gembiranya kita dapat bonus gaji, sepatutnya begitulah (atau lebih daripada itu) kita gembira dengan bonus pahala berlipat ganda dalam bulan Ramadhan ini.
Dalam hadith Rasulullah mengaminkan doa Jibril A.S itu, disebut salah satu yang diaminkan ialah “Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.” Cubalah kita muhasabah diri, bagaimana agaknya dosa tidak diampun itu? Yang utama ialah jauhilah mensyirikkan Allah dan jagalah iman kita. Berpuasalah atas sebab iman, bukannya berpuasa kerana ianya budaya sebelum berhari raya. Disebut dalam hadith shahih yang maksudnya:
“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)
Teruskan mempelajari ilmu Islam untuk memperkuatkan lagi iman kita dan perbanyakkan doa memohon keredhaan Allah SWT ke atas kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Salam maaf dan sekian, wassalam. Ramadhan karim!
24 Perkara Jangan Buat..
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil
iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.
W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana
ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi
itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti
makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan.
Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap
kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke
rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama
seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita
bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya
untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Berubah Mencari Kehidupan Lebih Baik
Hidup ini memerlukan perubahan ke arah lebih baik dalam semua keadaan. Kualiti kehidupan, baik yang berkaitan kehidupan di dunia maupun di akhirat, perlu ditingkatkan setiap masa. Sikap mudah berpuas hati dan tidak mahu berusaha lagi perlu dibuang jauh-jauh.
Tuntutan memperbaiki diri meliputi semua perubahan atau pertukaran daripada yang buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik lagi. Kehidupan ini tidak sepatutnya dibiarkan statik biarpun telah berada di tahap yang baik.
Usaha ke arah itu memerlukan satu daya kesedaran yang berterusan untuk membentuk kemampuan yang boleh melonjakkan diri melepasi halangan yang terbentuk dalam diri dan persekitaran.
Tidak dinafikan, usaha untuk berubah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat banyak halangan yang menjadikan usaha itu terbantut. Sebab itu, berubah kepada kebaikan termasuk dalam tugas jihad. Semangat yang teguh diperlukan untuk berubah.
Halangan biasa menjadikan manusia tidak berdaya berubah memperbaiki diri ialah sifat malas, kejahilan, nafsu dan kurang keyakinan diri. Tambah lagi, syaitan sentiasa membisikkan dalam diri agar meninggalkan kebaikan, dan sebaliknya melakukan kejahatan.
Selain halangan dalam diri, terdapat juga halangan persekitaran yang menggagalkan niat untuk berubah. Halangan itu biasanya pengaruh rakan, budaya masyarakat, tiada sumber kewangan dan kejadian semuajadi di sekeliling.
Kejayaan tidak mungkin dicapai jika sekadar melakukan usaha separuh hati dan tanpa perancangan yang teliti. Individu yang ingin berubah menuju kehidupan dengan lebih nilai kebaikan perlu menanam tekad, iltizam, keazaman dan keikhlasan yang kuat untuk melakukannya.
Bertaubat juga sebahagian daripada cara untuk memperbaiki diri. Sesiapa yang bertaubat bermakna berubah dari keadaan berdosa kepada diampunkan dosanya. Orang yang bertaubat juga berubah meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukan sebelum itu.
Maksud hadis Rasulullah: ?Orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan perbuatan dosa.? (Hadis riwayat Ahmad).
Niat dan usaha hendak memperbaiki diri perlu dilakukan sedari awal dan tidak hanya menanti apabila usia memasuki usia senja. Banyak orang memberi alasan ingin bebas berseronok ketika usia muda.
Usia muda masa terbaik untuk mengumpul lebih banyak pahala. Ketika itu tenaga masih kuat. Daya ingatan tajam dan mudah mengingati apa yang dilakukan. Semangat orang muda juga berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu yang diingini.
Orang muda biasanya belum mengidap penyakit berbahaya yang biasanya menghalang seseorang daripada bergerak bebas. Ketika usia muda, tumpuan lebih dapat diberikan untuk membina landasan kehidupan yang lebih baik.
Peluang ini wajar direbut sepenuh sebelum tiba masa tua yang mana lebih banyak halangan untuk beribadat seperti kurang tenaga, penyakit, ingatan tidak tajam, dan tanda-tanda lain yang dikaitkan dengan usia tua.
Malah, banyak orang yang menghabiskan hari tua dalam keadaan nyanyuk. Dalam keadan begitu bagaimana hendak memperbanyakkan ibadat. Urusan kehidupan yang biasa pun tidak dapat diuruskan dengan baik.
Masa muda termasuk perkara yang perlu direbut sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud: ?Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; iaitu masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.? (Hadis riwayat Tirmizi).
Usaha untuk berubah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan dan bukan sekadar angan-angan. Sekiranya ingin berubah tidak perlu menanti masa tua. Individu yang benar-benar ikhlas untuk berubah tidak menangguhkan masa.
Tambahan, usia kita semakin menunju penghujung, tidak tahu berapa lama lagi peluang untuk terus menyedut udara nyaman di dunia ini. Berhati-hatilah, kita tidak mengetahui berapakah lagi usia yang berbaki.
Sesungguhnya nafsu tidak mengenal usia. Kekuatan nafsu tidak berkurang dengan bertambahnya usia seperti berkurangnya tenaga, daya penglihatan dan daya pendengaran. Nafsu masih ingin kepada keduniaan biarpun ketika hampir menemui maut.
Sabda Rasulullah bermaksud: ?Anak Adam boleh tua, tetapi akan tetap tinggal bersamanya dua perkara iaitu kemahuan keras (nafsu) dan panjang angan-angan.? (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Untuk mendidik nafsu perlu dilakukan secara berterusan. Rasulullah menjelaskan dorongan nafsu adalah sebahagian daripada penyakit yang menyebabkan banyak berlaku kerosakan dan penderhakaan.
Penyakit nafsu tidak dapat disembuhkan melainkan melalui peningkat keimanan dan ketakwaan. Ini perlu dilakukan dengan asuhan iman yang dilakukan secara berterusan bermula sejak usia kanak-kanak, disuburkan ketika alam remaja dan diteruskan ketika meniti alam kedewasaan.
Sabda Rasulullah bermaksud: ?Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh penyakit umat-umat dahulu; sombong, suka bermegah-megah, mengumpulkan kekayaan (dengan cara yang tidak sah), berlumba-lumba merebut kemewahan dunia, pulau memulau, saling berdengki hingga mengakibatkan berlakunya penderhakaan dan keadaan kacau bilau.? (Hadis riwayat Hakim).
Bagi memastikan kehidupan sentiasa dalam keredaan Allah, diri perlulah sentiasa dikuasai oleh akal dan bukannya nafsu. Akal akan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak daripada melakukan kejahatan.
Dengan kekuatan akal yang dikuasai perasaan keimanan akan sentiasa menetapkan tujuan hidupnya untuk menemui Allah dengan keadaan yang sempurna amalan kehidupan di dunia ini. Atas matlamat itu kehidupan yang dilalui penuh bermakna dan tidak tergelincir daripada landasan keimanan.
Berubah meninggalkan kepalsuan dan dosa adalah sebenar-benar tanda keimanan. Hakikatnya tiada untungnya bagi sesiapa yang merebut dunia dan meninggalkan akhirat kerana akhirnya tetap akan merasakan kerugian yang tidak dapat ditebus lagi apabila diri sudah berada pada hari pembalasan.
Renungkan Firman-Nya yang bermaksud: ?Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit.? (Surah at-Taubah, ayat 38).
Sesiapa juga hidup di dunia ini tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa. Sebab itu Allah membenarkan taubat sebagai pembersih diri. Jika diri tersalah memilih jalan dosa, bersegeralah berubah memilih jalan yang sebenarnya.
Mari kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tidak kiralah berapa banyak perubahan itu dicapai, asalkan perkara itu dilakukan secara berterusan. Islam menganjurkan agar mengamalkan sikap istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan.

10 WASIAT RASULULLAH TERHADAP MUSLIMAH
Sepuluh wasiat yang Baginda sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, apabila kemudiannya dimiliki oleh setiap isteri solehah. Wasiat tersebut adalah :-
1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah S.W.T pasti akanmenetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescayaAllah S.W.T menjadikannya dirinya dengan neraka tujuh tabir
pemisah.
3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah S.W.T akan menetapkan pahala baginya seperti pahala
memberi makan seribu orang yangkelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah S.W.T akan menahannya dari
minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikatasuamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu.
Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suamiadalah kemurkaan Allah S.W.T.
6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah S.W.Tmenetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu
kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akanmelahirkan, Allah S.W.T menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika diamelahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan daripada kandungan ibunya.Apabila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawadosa sedikit pun. Di dalam kubur akanmendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman surga. Dan Allah S.W.T memberikan pahalakepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikatmemohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari
semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaianyang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah S.W.Tmemberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami,
melainkan Allah S.W.T memandangnya denganpandangan penuh kasih.
9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para
malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar
menyaksikan pahala amalnya, dan Allah S.W.Tmengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan
menyisirnya, meminyaki janggut dan memotongkumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah S.W.T memberi minuman yang dikemas indah kepadanyayang didatangkan dari sungai-sungai surga. Allah S.W.T menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapatmelintasi shiratul-mustaqim dengan selamat.
Allah S.W.T telah menjadi isteri. Setiap perbuatannya merupakan pahala untukmu. Juga menjadikan dengan kelembutan dan kasihnya yang dapat merubah dunia. Lakukan dengan ikhlas kerana Alllah S.W.T. Insya Allah dunia akhirat ada di tanganmu. Semoga Allah Yang Maha Berkuasa selalu memberi keindahan
padamu dan melindungimu dari segala keburukan.

Thursday, November 8, 2012
Kesengsaraan, Musibah Dorong Insan Gigih Perbaiki
ALLAH menciptakan alam ini sarat dengan ujian sebagai kelayakan untuk melahirkan insan paling baik amal, tinggi nilai kesabaran, jitu darjat keimanan dan yang terpuji akhlak. Neraca piawaian yang menjadi pertimbangan di sisi Allah ialah kualiti bukan kuantiti amal.
Firman Allah bermaksud:
“Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang bertaubat)”. (Surah al-Mulk, ayat 2)
Kehidupan dunia pada umumnya dihiasi pelbagai rentak dan ragam manusia. Ada wajah ceria yang penuh tawa ria dan ada pula wajah muram yang penuh tangisan dan duka. Kebahagiaan dan kesejahteraan adalah wajah dunia yang menjadi impian setiap insan, manakala musibah dan kesengsaraan amat digeruni setiap makhluk. Yang pasti setiap makhluk pasti melaluinya berdasarkan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Kedua-duanya ujian Allah untuk menguji, menapis dan memilih di kalangan manusia yang beriman, beramal dan bertakwa ke hadrat Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal berkenaan tidak terdapat pada orang lain. Orang mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga kebaikan baginya. (Hadis riwayat Ahmad)
Perlu diinsafi ujian Allah ke atas makhluk-Nya pelbagai jenis sama ada berbentuk nikmat atau musibah. Kenyataan ini menolak tanggapan dan pemahaman umat Islam yang menyempitkan skop ujian Allah kepada musibah dan bala.
Kurniaan nikmat, kesenangan, kesihatan dan kemewahan harta termasuk senarai ujian Allah terhadap makhluk-Nya. Kehidupan yang dilalui setiap manusia tidak terlepas daripada pasang dan surut, senang dan susah, sukses dan gagal serta gembira dan sedih.
Oleh itu, manusia dibekalkan Allah kemampuan fizikal, kecerdasan akal dan hati nurani untuk menyesuaikan diri mendepani kesulitan dan musibah yang dihadapi. Kadangkala timbul persoalan di fikiran apakah makna hakikat kesulitan dan musibah yang menimpa manusia dalam kehidupan.
Jika direnung secara mendalam realiti kesulitan dan musibah, ternyata ia menjadikan manusia semakin kuat dan tabah menghadapi kehidupan. Tanpa kesulitan dan musibah tidak wujud istilah kemajuan dalam kehidupan manusia.
Perlu diingat manusia ialah makhluk berilmu dan terpelajar kerana mampu belajar daripada kesulitan dan seterusnya mencetuskan inspirasi menjadi lebih kuat serta maju kerana berjaya melepasi halangan sepanjang hidupnya.
Tanpa kesulitan, tidak ada erti kekuatan intelek manusia berbanding makhluk lain, malah tanpa musibah, keupayaan intelek mati dan akhirnya menghilangkan identiti manusia dalam kehidupan penuh dinamik dan inovasi.
Kesulitan hidup jika dilihat daripada sumber kehidupan sebenarnya adalah jalan pendakian menuju ke puncak keredaan Ilahi dan kebahagiaan sejati.
Oleh itu, setiap insan jangan mengeluh dan berputus asa, apatah lagi mencaci maki segala musibah. Sikap mengeluh dan berputus asa hanya menghancurkan kemampuan manusia sedia ada, malah setiap keluhan hanya menyebabkan kesulitan terasa semakin berat dan payah untuk dihadapinya.
Justeru, musibah dan kesulitan hidup dihadapinya dengan penuh kesabaran sebagai langkah menuju keredaan Allah.

Perihal Berdoa
Perihal berdoa
Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah SWT dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan- Nya atau menolah segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.
Berdoa merupakan salah satu ibadah, iaitu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan- Nya kepada rasul. Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mukminun, ayat 51)
Firman Allah lagi, “Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).
Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”, padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? (Hadis riwayat Muslim)
Adab berdoa
Kita banyak berdoa, tetapi adakah Allah menerimanya? Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima? Kalau tidak di terima kecewakah kita? Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah. Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah? Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab serta syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.
Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:
* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT.
Antara adab-adabnya adalah seperti berikut :
1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang halal. Memakan makanan halal dan baik adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insya-Allah segala yang dimohon akan dikabulkan Allah.
2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ini maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan-Nya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.
3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.
4. Digalakkan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.
5. Mengadap kiblat semasa berdoa.
6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.
7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.
8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa didengari dan dimakbulkan. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita:
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk dimakbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.
9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.
10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini, “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk jika Engkau suka”, sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.
11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku... ..”
12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.
13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silaturrahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, insya Allah doa kita akan dimakbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.
14. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (contoh: nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dan lain-lain)
15. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (contoh: ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
16. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.
17. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan Saidina Abbas (bapa saudara Rasulullah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat-sahabat bertawasul dengan Rasulallah sahaja.
18. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.
Tempat berdoa
Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).
Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam. Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.
Saat-saat doa paling mustajab
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, “Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)
Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s. bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.
Sujud hanyalah untuk Allah SWT. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada-Ku”. Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.
Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Kesimpulannya
Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat apa yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.” (Surah al-A'raf , ayat 55)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah SWT. Amiin.
Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT... . Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari