Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, October 18, 2012

Mimpi jadi nyata


Ahmad Safari Tauran dan Zurida Hashim berhasrat menjadikan taska mereka model yang mengamalkan konsep pemakanan sihat dalam penjagaan anak-anak.
ALLAH SWT menciptakan keindahan dalam hidup dan salah satu daripadanya ialah kehadiran anak-anak kecil sebagai penghibur. Tidak sempurna rasanya kehidupan tanpa kehadiran anak-anak yang diibaratkan di dalam doa, sebagai qurratu 'ain (cahaya mata).
Demikianlah, maka manusia walaupun seorang lelaki, tetap sering mendambakan anak-anak sebagai penyeri. Allah SWT berfirman yang maksudnya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingininya, iaitu wanita, anak-anak dan harta-benda yang banyak. (ali Imran: 14)
Saya lalu menebak rasa kecintaan itu pada sosok seorang lelaki. Pada dirinya yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak, subur dengan rasa kasih sesama anak kecil yang lain. Tidak siapa menyangka, beliau yang merupakan seorang lulusan universiti, punya pengalaman kerja yang agak lama, akhirnya meladeni hidup dengan anak-anak kecil, sekali gus menjadi sumber rezekinya.
Ayuh kita semak kisah bagaimana Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu perjalanan dan tatih kehidupan Ahmad Safari Tauran, 39, bersama pasangannya, Zurida Hashim, 28, dalam mewarnai sebuah pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Bestari Ceria, Bandar Baru Bangi, Selangor.
"Saya dahulu bekerja di sebuah syarikat televisyen swasta terkenal di Malaysia. Memegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), siapa sangka saya akan menempuh kehidupan seperti hari ini.
"Tamat sahaja belajar pada 2000, saya langsung diterima bekerja di stesen televisyen berkenaan. Sehinggalah pada 2008, saya ditimpa kecelakaan jalan raya. Sebuah kenderaan melanggar saya semasa pulang ke rumah di Batu Caves, Selangor. Kemalangan itulah yang merubah segala-galanya," kata Safari meluahkan serelung memori silam yang kelihatannya bergulung-gulung menanti masa dilepaskan.
Tambah Safari, sejak kemalangan itu, dia tidak lagi boleh bekerja. Namun begitu, dia bersyukur kerana syarikat tempatnya bekerja masih memberikan gaji selama setahun, walaupun tanpa kehadirannya ke pejabat.
Selepas 2009, statusnya masih seorang kakitangan, tetapi Safari perlu memohon kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana pihak majikan tidak dapat menanggung gajinya.
Safari memberitahu, dia perlu menunggu agak lama di samping perlu menyediakan pelbagai dokumen perubatan. Hampir lapan bulan, barulah dia menerima bayaran dari Perkeso secara bulanan.
"Satu hari, saya dan isteri mengunjungi seorang kenalan yang terlantar sakit di Hospital Selayang. Semasa itulah saya berjumpa dengan seorang kenalan lain dan beliau menyarankan agar saya cuba memohon bantuan zakat. Ceritanya, saya perlu melalui suatu pembedahan yang menelan belanja agak besar, iaitu RM6,500. Manalah saya ada duit, jadi apabila disarankan berjumpa LZS, saya percaya LZS mampu membantu saya.
"Saya harus menjalani empat kali pembedahan, khususnya di kaki ini yang masih tidak mampu diluruskan. Ternyata telahan saya tepat, LZS bukan sekadar membantu kos pembedahan bahkan turut menilai lain-lain keperluan. Saya turut menerima bantuan wang selama enam bulan pertama," akui Safari.
Melihat kepada keadaan taska yang tersusun rapi, kemas tetapi tetap ceria dengan wajah mulus anak-anak, saya cuba mengorek rahsia, bagaimana idea memulakan taska tercipta, apatah lagi beliau seorang pria?
"Isteri saya memang seorang yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan kanak-kanak. Sebelum ini, semasa kami tinggal di Batu Caves, Selangor isteri saya adalah penyelia taska. Apabila saya sendiri sudah tidak mampu bekerja, maka saya mencadangkan kepada isteri agar cuba membuka taska sendiri.
"Lagi pula, berdasarkan pengalaman berurusan dengan LZS, maka saya yakin yang LZS pasti akan mempertimbangkan permohonan kami," kata Safari.
Ternyata tepat sekali tekaan Safari, LZS telah menyalurkan dana permulaan sebanyak RM19,000.00 pada 2011 bagi memulakan taska di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121018/ba_01/Mimpi-jadi-nyata#ixzz29i0deOX1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...