Pages

Friday, August 31, 2012

Keutamaan Agar Pendek Angan-Angan

Rasulullah SAW bsabda kepada Abdullah Bin Umar r.a:

Ertinya:
"Jikalau engkau berada di waktu pagi,maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang(untuk mencari bekal kematian). Dan jikalau engkau di waktu petang,maka janganlah menunggu-nunggu waktu pagi(untuk itu pula).Ambillah kemanfaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu engkau masih sihat untuk bekal sakitmu."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Ali r.a meriwayatkan pula sabda Rasulullah SAW:

Ertinya:
"Sesungguhnya perkara2 yg paling kutakutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan2. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan2 itu menyebabkan cinta sekali pada keduniaan."

Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW itu, kerana yang menyebabkan panjangnya angan2 yakni tetap hidup lama adalah kerana cinta yg berlabih-lebihan kepada dunia, sangat gemar pada nikmatnya, juga semata-mata kerana kebodohan, sehingga amat takut pada kedatangan mati yg secara tiba2 itu.

Orang semacam ini tentunya tidak mengetahui bahawa kematian itu sebenarnya pasti datang dan tidak lama sahaja lagi, kerana kematian memandangkan waktu, apakah kematian itu datangnya di waktu muda, tua ataupun tua bangka. Apakah nanti di musim kemarau, hujan, musim bunga dan sebagainya.

Tidak peduli pula, adakah malam mahupun siang? Seseorang tidak berkuasa untuk menolak kedatangannya, padahal ia berkali2 melihat orang mati disisinya. Seseorang juga tidak tentu bila jenazahnya akan dihantar, padahal di waktu itu ia seringkali menghantar jenazah.

Alangkah lalainya dan bodohnya manusia itu. Oleh kerananya, maka yang terbaik ialahsupaya seseorang itu membuat ukuran untuk dirinya sendiri dengan apa yang telah terjadi terhadap orang lain.

Hendaklah diyakinkan pula bahawa dirinya pun akan mengalami sepertimana yang dialami oleh orang lain. Akhirnya ia pasti akan menjadi jenazah yang di bawa ke kubur dan pasti ditanam ke dalam tanah sebagaimana orang lain juga.

Oleh sebab itu, hendaklah sentiasa diingat bahawa untuk menghadapi semuanya tadi, tidak ada jalan yang paling baik untuk dilaksanakan kecuali hatinya wajib beriman tentang akan datangnya hari akhir, hari penghabisan sekali atau hari kiamat.

Selain itu juga meyakinkan dengan sesungguh2nya apa yang akan ada di alam akhirat, yakni di sana tersedia 2 perkara y amat berlainan, yang 1 merupakan seksaan yg amat pedih dan menyakitkan sekali, sedangkan yg 1 lagi merupakan nikmat yg kekal abadi, pahala yg berlimpah ruah dan kesenangan yg tiada tara dan bandingannya.

Jikalau perasaan yg sedemikian sudah dapat diresapkan dengan sebenar2nya di dalam jiwa, maka Insya Allah akan terpateri pulalah kecintaannya untuk mencari bekal yg perlu untuk pemergiannya ke alam yg abadi itu. Sementara itu lenyaplah cintanya yg melampau kepada keduniaan. Sebabnya mencintai sesuatu yg lebih besar pasti dapat menghilangkan cintanya kepada sesuatu yg hina & lebih kecil nilainya... 

Wallahu'alam... .

No comments:

Post a Comment