Pages

Friday, August 10, 2012

Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 3

1.Kalau makan selepas waktu imsak , sah ke puasa?Waktu imsak ialah masa untuk berjaga-jaga. Zaman nabi sallallahu alaihi wasallam tak de waktu imsak. Cuma ulama' menyatakan bahawa 10 minit sebelum waktu subuh itu merupakan waktu imsak dan sunat berhenti makan minum dan melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa kerana dibimbangi terlajak masuk waktu subuh. Puasa yang sebenarnya bermula secara rasmi apabila masuk waktu subuh. Di Kuala Terengganu dan Marang, ramai orang awam merasakan haram makan minum apabila tembakan bedil kedua ketika waktu sahur. masa kecik2 dulu ayah ajar bahawa lepas bedil kedua berbunyi, tak boleh lagi makan sebab takut batal puasa sedangkan bedil kedua itu tanda masuk waktu imsak. Jadi ada 10 minit lagi sebelum subuh... .

2.Kalau malam hari berjunub/keluar mani/berjimak dan seumpamanya, sahkah puasa di siang hari kalau belum mandi wajib lagi?Puasa tetap sah. Tapi yang tak sahnye solat. Tak solat subuh ke... ..

3.Orang puasa tapi tak solat, macam mane ye?Puasanya �tetap sah pada zahir�kerana mengerjakan solat fardhu tiada dalam syarat sah puasa. TAPI kata ulama', pahalanya tak dapek... .melopong aje la... Kan Nabi dah pesan, "Berapa ramai orang berpuasa, tiada baginya dari puasanya melainkan LAPAR dan DAHAGA."Meninggalkan solat termasuk dalam dosa besar kerana ia merupakan tiang agama. macam manelah agama dia bila takde asas ye?

4.Puasa tahun lepas tak habis ganti lagi, macam mane ye?Kalau puasa yang tak habis ganti tu kerana masalah uzur wanita(haidh), maka hendaklah bayar�fidyah dengan kadar secupak beras diberi makan kepada fakir atau miskin, mengikut bilangan hari yang belum diganti.�

5.Boleh puasa ke pada hari syak iaitu 30 sya'aban?Kata Imam Nawawi dalam Kitab Majmu' Syarah Muhazzab bahawa Puasa Ramadhan�pada hari syak tiada sah mengikut ASHAB KAMI(Ulama' MMazhab Syafie).�
Begitu juga dengan puasa sunat. Haram puasa sunat pada hari syak melainkan orang yang sudah terbiasa puasa isnn khamis, atau puasa sehari berbuka sehari atau yang biasa puasa sepanjang masa, dengan tiada khilaf antara ulama'2 besar mazhab syafi'e.
Adapun puasa Nazar, puasa ganti/qadha' atau kaffarah, maka hukumnya harus. Ada di antara ulama' Syafi'e yang memakruhkannya.

6.Boleh ke solat tarawih di rumah aje?Boleh, apa tak boleh pulak! Cuma jumhur/majoriti ulama' kata afdhal dikerjakan secara berjamaah. Kata Imam Malik , afdhal secara sendirian kerana Nabi, selepas beberapa hari bersolat tarawih berjamaah dengan para sahabat, baginda tak pernah lagi keluar berjamaah tarawih di masjid.�

7.Konfius la, ada yang buat 8, ada yang buat 20?Dua-dua betul. Yang tak betulnya tak buat langsung. 8 rakaat tarawih tu Nabi buat berdasarkan kepada hadis sahih daripada A'isyah yang berkata, " Aku tidak pernah melihat Nabi bersolat lebih daripada 11 rakaat."Ulama' buat kesimpulan bahawa Nabi buat 8 tarawih dan 3 rakaat solat witir.

Adapun 20 rakaat itu menjadi pegangan jumhur ulama' fiqh kerana ada juga hadis yang berbunyi,"Adalah Nabi bersolat sebanyak 20 rakaat." Tapi hadis ini kata ulama' hadis, martabatnya dhaif dan tidak boleh dibuat hujjah.�
Manakala Imam Syafi'e pernah menyebutkan bahawa Ahli Madinah buat solat tarawih sebanyak 36 rakaat.
Semua itu soal khilafiah/soal furu' masalah fiqh. Bukannya soal pokok/usul/asas. Pokoknya, tarawih itu disyariatkan dalam Islam. Ini yang disepakati ulama'. Buat lah nak buat berapa rakaat pun, 8 ke, 16 ke, 20 ke atau 36. asal jangan lari daripada cara yang diajar sudahlah.�

8.Keluar mani kerana mimpi di siang hari?Puasa tidak batal kerana keluar mani tidak sengaja sama ada melalui mimpi ataupun kerana lainnya.

9.Bolehkah masukkan air ke dalam hidung selepas berkumur ketika berwudhu'?Boleh saja kerana ia merupakan perkara sunat dalam berwudhu' sebagaimana berkumur. Tapi ia jadi MAKRUH kalau melampau-lampau, kerana ditakuti masuk ke dalam batin hidung/atau ke otak yang menyebabkan batal puasa.

10.Selepas berkumur ketika berwudhu', wajibkah kita keringkan bibir yang basah kerana air luahan berkumur itu?Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muhazzab, Tiada Lazim(tiada wajib) dikeringkan mulutnya dengan perca kain atau seumpamanya dengan TIADA KHILAF.


Banyak lagi akan dibongkar... ... tunggu... ..Nanti kita bongkar rahsia malam lailatul qadar!!



Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 1
Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 2

No comments:

Post a Comment