Pages

Thursday, August 30, 2012

Hadis: Elak minum berdiri, gopoh


RASULULLAH saw bersabda maksudnya: �Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.� (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan ! menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: �Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.�

No comments:

Post a Comment