Pages

Sunday, July 22, 2012

9 LALUAN TAUBAT

1. Fahami hakikat bertaubat.

Yang dikatakan bertaubat itu ialah menyesali kemungkaran-kemungkaran yang telah dilakukan, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

2. Merasai akibat dosa yang dilakukan.

Sesetangah kita tidak faham akibat dosa-dosa yang dilakukan boleh dilihat pada diri pelaku atau orang-orang di sekelilingnya, seperti ahli keluaraga. Contohnya, akibat minum arak, tubuhnya sakit, anak-anak dan isteri menderita dan rumah tangga musnah.

3. Jauhi persekitaran buruk yang membawa kepada maksiat.

Manusia amat mudah dipengaruhi persekitarannya. Jika selama ini kita hidup dalam suasana yang penuh maksiat, berhijrahlah ke tempat lain, atau beralihlah ke persekitaran yang lebih baik untuk merangsang amal kebaikkan.

4. Membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran.

Membaca satu huruf daripada al-Quran pun sudah mendapat pahala. Baca dan hayatilah pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam kitab suci ini. Insya-Allah ia dapat menyembuhkan jiwa yang sakit dan penuh dosa.

5. Berdoa.

Sedangkan para nabi pun berdoa agar diampuni dosa-dosa mereka. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang berdoa: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

6. Sedar akan keagungan Allah yang Maha Pencipta.

Jika anda merasakan dosa-dosa yang telah anada lakukan itu kecil, maka lihatlah keagungan Tuhan yang telah diderhakai!.

7. Mengingati mati yang dating tiba-tiba.

Fikirkan, sekiranya ditakdirkan menemui Tuhan setengah jam lagi atau esok hari, bagaimana nak jawab soalan-soalan yang bakal ditanya-Nya.

8. Memperingati diri dengan ayat al-Quran dan hadis berkaitan amaran kepada golongan yang melakukan dosa.

Apabila anda faham, sedar dan menginsafi diri, akan timbul rasa takut kepada janji Allah s.w.t. yang pasti akan dating. Tidak ada orang berdoasa yang terlepas daripada balasan-Nya. Maka segeralah bertaubat!

9. Membaca kisah-kisah mereka yang bertaubat.

Insya-Allah, anda juga mungkin terbuka hati untuk melakukan perkara yang sama.


Dari Majalah IMAN Bil No 6

No comments:

Post a Comment