Pages

Thursday, June 7, 2012

Walid bermaksud ayah atau bapa

APAKAH maksud ‘Walid’ yang diguna pakai sebagai ganti kepada panggilan ayah, abah dan sebagainya?
Menurut kamus, iamembawa maksud kelahiran, yang dilahirkan. Mohon penjelasan daripada Dr.

BASRI,
Selangor




SEBENARNYA perkataan walid sudah termuat dalam Kamus Dewan. Perkataan “walid” bermaksud “ayah, bapa.” (Kamus Dewan 2005: 1798) Ia berasal daripada perkataan Arab, iaitu waalid bermaksud “bapa, ayah” dan waalidah (umm), “ibu, emak.” Manakala walad (jamak, awlaad) bermaksud “budak, anak.” Perkataan “waalidan”
pula bererti “ibubapa”.

Dalam bahasa Arab kesemuanya berasal daripada kata perbuatan, iaitu walada. Kata “waladat al-untha” bermaksud “beranak itu perempuan” (atau lebih tepat, “Perempuan itu beranak”) (Marbawi 397)

No comments:

Post a Comment