Pages

Thursday, June 7, 2012

Terlanjur dengan teman lelaki

SAYA pernah melakukan dosa paling besar iaitu menggugurkan kandungan selepas terlanjur dengan teman lelaki. Akibatnya, hati saya merasa tidak aman dan tenteram kerana sentiasa dihantui dosa silam itu.
Adakah dosa saya selama ini masih ada peluang untuk diampunkan Allah?

Alhamdulillah, kini saya benar-benar bertaubat dan mahu membina kehidupan baru.

ADEK,

Pulau Pinang



ALLAH Maha Pengampun dan lagi Maha Pengasih, maka setiap keinsafan dan taubat daripada hamba-Nya pasti akan diterima Allah.

Mana ada manusia di dunia ini tidak pernah melakukan dosa kecuali di kalangan nabi yang diberi taraf maksum oleh Allah.

Dalam sebuah hadis menyatakan: “Setiap anak Adam ada melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad).

Maka apa saja dosa kita pernah lakukan segeralah bertaubat iaitu kembali kepada Allah dengan mematuhi ajarannya. Setiap taubat dilakukan dengan penuh ikhlas akan diterima Allah dan tidak sesekali mengulangi perbuatan pernah dilakukan.

No comments:

Post a Comment