Saya memberi teguran yang lembut kepada suami. Suami seorang yang sangat sensitif dan tidak boleh menerima sebarang teguran.
Selepas peristiwa itu, kami sembahyang bersendirian dan banyak kali suami sembahyang di belakang saya ketika saya sedang bersembahyang.
Adakah seorang isteri tidak boleh menegur kesilapan suami? Apakah pula hukum suami bersembahyang di belakang isteri?
NOR,
TIDAK salah menegur bagi membetulkan kesilapan yang berlaku.
Ini kerana setiap orang banyak melakukan kesalahan.
Orang yang ditegur pula hendaklah bersifat terbuka malah perlu berterima kasih kerana membetulkan kesalahan yang berlaku.
Sikap suami yang sensitif menyebabkan berlaku keadaan di atas.
Bagaimanapun, solat berjemaah perlu diteruskan bersama.
Pujuklah suami supaya terus menjadi imam.
Kemungkinan besar suami sudah memperbetul bacaannya atas teguran puan itu.
Ajaklah suami dan anak supaya bersolat jemaah di masjid atau surau.
Sembahyang bersendirian tidak menyamai solat berjemaah seperti yang sudah diketahui.
Justeru, solat jemaah hendaklah diusahakan untuk dilaksanakan dalam keluarga.
Mengenai suami yang bersolat di belakang isteri, solat tetap sah sekiranya bersendirian.
Sekiranya berniat jemaah maka tidak sah berjemaah dengan berimam wanita.
Ini kerana lelaki adalah pemimpin kepada wanita dan bukan sebaliknya.
No comments:
Post a Comment