Pages

Thursday, June 7, 2012

Ketagih web lucah

SUAMI saya gemar melayari laman web lucah di Internet. Adakah perkara ini normal bagi lelaki dan jika tidak, bagaimana mencegahnya?
Saya amat sayangkan suami kerana dia seorang yang bertanggungjawab, cuma bila tabiat itu kerap terjadi menyebabkan saya tawar hati untuk bersamanya.

ZAHARAH,
Selangor




HARAM melayari laman web lucah kerana ia membangkitkan nafsu dan mempengaruhi seseorang melakukan dosa besar seperti zina dan rogol.

Secara umumnya manusia ada kehendak seksual. Begitulah apa yang berlaku kepada suami puan. Bagaimanapun, ia hendaklah dikawal akal dan agama. Pada pandangan saya, suami mungkin sudah ketagih melayari laman web sedemikian.

Tabiatnya itu perlu dihentikan kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan dan dikira sebagai melakukan maksiat. Oleh itu, puan hendaklah berusaha menasihati suami secara baik supaya dia dapat berhenti melakukan perbuatan itu.

Beri bayangan kepadanya sekiranya anak dia sendiri mengetahui perbuatan itu seterusnya melayari laman sebegitu tentu sekali dia akan berasa malu dan bimbang anak turut terpengaruh.

Jika ia berterusan, puan hendaklah memutuskan talian Internet itu supaya akses menjadi sukar. Sebagai isteri, puan hendaklah memahami kehendak seksual suami.

No comments:

Post a Comment