Pages

Thursday, June 7, 2012

Kahwin awal elak maksiat

SAYA berumur 20 tahun manakala kekasih berumur 25 tahun. Saya mengenali kekasih lebih sebulan lalu.
Kami pernah berjumpa untuk kali pertama dan hubungan kami direstui ibu bapa saya. Pada pertemuan itu, kami berpegangan tangan dan berpelukan.

Ketika ini saya amat insaf dan ingin segera mengubah cara hidup kami dengan berkahwin. Namun saya juga ingin melanjutkan pelajaran.

Adakah kami perlu berkahwin dahulu bagi mengelakkan diri daripada maksiat ataupun belajar kemudian berkahwin?


Saya amat buntu memikirkan masalah ini.

IZZATI,
Perak




BERKAHWIN awal dapat menyelesaikan masalah pasangan terjerumus dalam jenayah zina atau perbuatan maksiat.

Ia banyak terjadi apabila pasangan kekasih berjumpa di tempat sunyi tanpa mahram. Anda berdua hendaklah mengelak daripada kerap berjumpa.

Sekiranya tidak dapat mengelak hendaklah pergi bersama mahram. Sete�rusnya tidak salah untuk berkahwin awal sekiranya ia dapat mencegah daripada kemungkaran dan dosa maksiat serta zina.

Ajaklah kedua-dua keluarga berbincang untuk kebaikan dan maruah keluarga.
Semoga keputusan terbaik dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment