ANDA INGIN MENDERMA?
Menderma merupakan satu amalan mulia. Di samping dapat membantu orang yang lemah, si penderma juga dapat mengikis sifat tamak dan bakhil dalam dirinya. Labih jauh dari itu, amalan ini mendatangkan pahala yang amat besar di sisi Allah.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 261, Allah secara terang lagi bersuluh menyatakan bahawa orang yang mendermakan hartanya dijalan Allah dijanjikan pahala berlipat-lipat kali ganda. Ia diumpamakan sebagai sebiji benih, lalu tumbuh menjadi pohon yang mempunyai 7 tangkai. Setiap tangkai pula mempunyai menghasilkan 100 biji. Maknyanya, dari satu biji kini menjadi 700 biji. Namun bukan setakat itu saja. Bahkan, Allah menegaskan lagi bahawa Allah menambahkan lagi ganjaran pahala itu tanpa menentukan berapa banyak dan luasnya kepada sesiapa jua yang dikehendakinya.
Subhaanallah! Maha Suci Allah yang Maha Agung lagi Maha Kaya! Allah pemilik alam dan segala-gala apa yang ada di dalamnya. Hal ini bukan sesuatu yang berat bagi Allah. Dengan hanya menghendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah ia atas kehendak Allah s.w.t.
Justeru, sementara hayat masih ada, sementara kesempatan masih ada, manusia harus mengambil kesempatan untuk membuat sebanyak mungkin amal kebajikan di dunia. Mendermakan walau sekelumit dari harta benda kita boleh jadi penghalang kepada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Bagi sesiapa yang ada hasrat dan keinginan untuk menderma, saudara-saudara boleh menderma kepada institusi atau organisasi yang membantu memelihara dan menyara anak-anak yatim. Untuk lebih lanjut, anda boleh melawat ke laman web senarai rumah-rumah anak yatim di Malaysia di alamat http://rumahanakyatim.com.
No comments:
Post a Comment