Pages

Thursday, May 24, 2012

Adab pergaulan di kalangan pekerja

MANUSIA secara fitrahnya tidak dapat mengelak diri daripada bergaul dengan masyarakat di sekeliling.
Pergaulan telah menjadi wasilah dalam kehidupan manusia yang sangat penting demi melaksanakan tuntutan agama.
Interaksi manusia yang terbina melalui pergaulan juga akan menyebabkan mereka dapat berhubung dan membina jalinan mahabbah antara satu sama lain.
Melalui pergaulan inilah akan berlaku pertukaran budaya, pemikiran dan material. Bahkan, pergaulan yang baik akan menjadi benteng kepada manusia dalam menjaga diri daripada syaitan yang seringkali mencari peluang untuk memperdaya dan menyesatkan manusia.
Ini kerana, orang yang bersendirian akan lebih terdedah kepada ancaman hasutan daripada syaitan.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid." (riwayat Ahmad)
Demikian juga yang berlaku dalam dunia pekerjaan. Hampir semua kerja yang kita lakukan memerlukan pergaulan. Justeru, kita perlu menjaga akhlak dan batasan terutamanya apabila pergaulan tersebut melibatkan lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment