Pages

Tuesday, April 10, 2012

Jaga batas pergaulan

SAYA mohon penjelasan Dr mengenai cara dan budaya berpasangan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Bagaimana cara sebenar yang Islam anjurkan kerana budaya itu jika dibiarkan tanpa batasan dan aturan sebenar akan menjurus kepada masalah zina.

Jawapan

ISLAM menerima perasaan cinta dan kasih dan sayang itu sebagai satu perkara normal. Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan sebagai panduan. 
Allah berfirman yang �bermaksud: “Dan �sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)... (Surah Yusuf ayat 24). 

Nabi Yusuf berjaya mengawal diri daripada� terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan �beberapa panduan dalam menjaga tatasusila �terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, �antaranya (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas (2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram (3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian (4) menjaga pandangan mata dan (5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Jika itu keadaannya maka berpasangan dan percintaan dibenarkan. Kehidupan di dunia akan menjadi bahagia sekiranya makhluk saling mengasihi antara satu dan lain.

Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada ibu bapa, anak, jiran, bangsa dan negara.

Cinta kepada Allah pula adalah cinta hamba kepada Penciptanya manakala cinta kepada Rasul pula adalah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Walau bagaimanapun, budaya berpasangan tanpa panduan agama serta meniru cara hidup Barat adalah dilarang kerana membawa kepada keruntuhan moral yang akhirnya merosakkan individu dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment