Pages

Sunday, April 8, 2012

Hukum Menghina Rasulullah (S.A.W.)

Kewajipan Umat Islam Memuliakan Rasulullah s.a.w dan para Anbiya serta Tegahan Menghina Mereka

Allah s.w.t. telah mengangkat martabat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sesuatu kedudukan yang tiada tolok bandingnya dengan Nabi, manusia, dan makhluk yang lain. Kedudukannya banyak diungkapkan melalui al-Quran dan hadith-hadith Baginda s.a.w.
Antaranya ialah firman Allah Taala yang bermaksud:

Sesungguhnya kami mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan rasulNya, mengagungkannya (Rasulullah) dan memuliakannya.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman selawatlah ke atasnya dan ucapkanlah salam kepadanya.

Memuliakan dan menghormati Rasulullah s.a.w. bukanlah suatu tuntutan yang kecil, malah ia merupakan sebahagian daripada keimanan. Shaykh cIzz al-Din Madi Abu al-cAza’im di dalam Ayyuha al-qarniyyun halla faqihtum mengenengahkan tuntutan ini dengan menyatakan bahawa sesiapa yang tidak membesarkan dan memuliakan Rasulullah s.a.w. dengan kedudukan yang selayaknya bagi Baginda s.a.w adalah kafir. Begitu juga orang yang keterlaluan dalam hal ini sehingga meletakkan kedudukannya setaraf dengan kedudukan Allah, maka ia juga adalah kafir.[1]

Seseorang itu, terutamanya Muslim tidak boleh mengata-ngata atau menghina Rasulullah s.a.w. samada dalam bentuk pengucapan, penulisan, perbahasan, lukisan, atau apa jua mediumnya. Malah kita juga disuruh supaya merendahkan suara ketika bercakap dengan Rasulullah s.a.w. dan haram bagi umat Islam meninggikan atau menyaringkan suara semasa bercakap dengan Baginda s.a.w.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:[2]

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan terhadapnya sepertimana sebahagian kamu menyaringkan suara terhadap yang lain, (larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedangkan kamu tidak menyedarinya.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[3]

Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya (smeasa mereka berada) di sisi Rasulullah, merekalah orang yang telah dibersihkan oleh Allah akan hati mereka untuk bertakwa, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Juga haram memanggil Rasulullah s.a.w. dari balik dinding rumahnya (dengan tidak sabar dan memaksa Nabi s.a.w. keluar dengan segera). Firman Allah Taala yang bermaksud:[4]

Sesungguhnya orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat keluargamu) kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib). Dan jika mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[5]

Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNya dan apabila mereka turut serta bersama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya.

Juga haram bagi umat Islam memanggil Rasulullah s.a.w. hanya dengan nama Baginda sebagaimana memanggil saudara atau sahabat yang lain, tetapi hendaklah menggunakan lafaz yang menunjukkan penghoramatan seperti Ya Rasulullah, Wahai Nabi Allah, dan sebagainya (termasuk dalam doa). Firman Allah Taala yang bermaksud:[6]

Janganlah kamu jadikan seruan (atau panggilan) Rasulullah di antara kamu sama seperti seruan atau panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi.

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa umat Islam mesti menghormati Nabi s.a.w., bersopan-santun kepada Baginda s.a.w. dan menjaga adab serta tatatertib kepada Baginda s.a.w. dalam apa jua keadaan.


Hukuman Bunuh Bagi Mereka Yang Menghina Rasulullah s.a.w.

Perbuatan menghina Nabi sperti yang dilakukan oleh adalah satu perbuatan terkutuk dan merupakan satu dosa yang amat besar. Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang mencela dan menghina Nabi s.a.w. mesti dihukum bunuh. Namun, mereka berselisih pendapat adakah orang tersebut terus dibunuh atau ditangguhkannya dahulu dan disuruh ia bertaubat (istitab) serta adakah istitab itu adalah wajib ataupun tidak.

Al-Qadi cIyad r.a. berkata di dalam al-Shifa bahawa di dalam al-Quran, al-Sunnah dan Ijmac banyak dijelaskan tentang hak-hak Rasulullah s.a.w., kebaikan, kehebatan, kebesaran, dan kemulian Baginda s.a.w. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. mengharamkan perbuatan menyakiti Nabi s.a.w. sepertimana yang tertera di dalam al-Quran al-Karim. Sehubungan dengan itu, semua ulama tanpa khilaf menerima hukum bunuh bagi umat Islam yang memperkecilkan dan menghina Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[7]

Sesunggunya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[8]

Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasulullah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya. Sesungguhnya semua perkara itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
Firman Allah Taala yang bermaksud:[9]

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Daripada ayat-ayat di atas, dapat difahami dengan jelas bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. akan diazab oleh Allah pada hari Akhirat kelak dan mereka di dunia ini akan dilaknat serta dihukum dengan hukuman yang amat berat.

Bahkan Rasulullah s.a.w. turut melarang menggunakan gelarannya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Namakanlah dengan nama aku, dan jangan kamu menggunakan gelaran dengan ghelaran aku.
Larangan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menjaga dan melindungi Rasulullah s.a.w. daripada dihina.

Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. dengan menyebut kekurangan pada dirinya, keturunannya, agamanya, gerak-gerinya, ataupun membuat keraguan dengan sesuatu dengan niat tujuan untuk menghina dan mencela Baginda s.a.w. atau memperkecilkan segala urusannya, merendah-rendahkan Rasulullah s.aw., maka hukumnya adalah dibunuh. Demikian juga sesiapa yang melaknat atau mendoakan sesuatu keburukan ke atas Rasulullah s.a.w. atau bercita-cita untuk memberi kemudaratn ke atasnya atau menyebut sesuatu yang tidak layak baginya untuk mengeji dirinya, maka para ulama dan ahli fatwa dari kalangan Sahabat Baginda s.aw. telah bersepakat supaya mereka ini dijatuhkan hukuman bunuh. Berkata Abu Bakar bin al-Mundhir yang bermaksud:

Telah bersepakat ahli ilmu bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. akan dibunuh.

Menurut pendapat Mazhab Hanafi, orang Islam yang menghina seorang Nabi dari kalangan Anbiya, maka ia dihukum bunuh menurut had. Jika dia bertaubat sebelum dijalankan hukuman ke atasnya maka taubatnya tidak diterima secara mutlak. Namun jika dia menghina Allah, kemudiannya bertaubat, maka taubatnya diterima kerana ia merupakan hak Allah Taala. Sedangkan kesalahan menghina Nabi adalah berkaitan dengan hak hamba, yang tidak dapat dihapuskan dengan taubat.[10]

Dalam fatwa Ibn cAbidin menjelaskan bahawa sesiapa yang mengurangkan kedudukan Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata atau dengan cercaan, atau dengan perbuatan dengan perasaan benci kepada Baginda s.a.w. di dalam hatinya, maka wajib dibunuh menurut had[11].Umumnya majoriti ulama Hanafi secara ijmac menthabitkan hukum orang yang menghina Nabi s.a.w. sebagai orang yang telah murtad dan kafir. Maka dengan itu dia wajib dibunuh jika tidak mahu bertaubat.

Mazhab Imam Malik pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghina Nabi atau malaikat, ataupun melaknatnya, mengaibkannya, atau membuat tuduhan palsu, atau membuat kenyataan sesuatu yang mengurangkan hak dan kedudukannya, atau mengurangkan sifatnya samada dari sudut jasmani, perwatakan, martabat, atau ilmu, zuhud, dan sebagainya yang tidak harus kepadanya, ataupun juga menyandarkan kepadanya sesuatu yang tidak layak dengan kedudukannya dengan cara menghina, maka dia hendaklah dibunuh dan tidak diterima taubatnya jika ia adalah muslim. Jika dia adalah kafir, maka hendaklah juga dibunuh, melainkan dia memeluk Islam.[12]

Manakala menurut kesepakatan ulama mazhab al-Shafici, sesiapa yang menghina Nabi s.a.w., maka dia telah murtad dan keluar dari Islam. Hukuman baginya adalah sama seperti orang yang murtad iaitu diberi peluang untuk bertaubat dan jika dia enggan dan tetap dengan pendiriannya, maka hendaklah dibunuh. Dan jika dia bertaubat, maka hendaklah dibebaskan walaupun dia melakukan kesalahan tersebut berulang kali, tapi dengan syarat taubatnya itu mesti disertai dengan mengucap dua kalimah shahadah, dan menzahirkan taubatnya, serta menyesal di atas perbuatannya yang melanggar hak Islam.[13]

Mazhab Ahmad bin Hanbal juga menjatuhkan hukuman murtad bagi mereka yang menghina Nabi s.a.w. Maka orang yang melakukan perbuatan tersebut tidak dibunuh melainkan diminta bertaubat selama tiga hari. Jika dia bertaubat, maka gugur hukumannya. Jika tidak, maka dibunuh dengan pedang.[14]

Ibn Taymiyah juga di dalam kitabnya al-Sarim al-maslul berpendapat bahawa orang yang mencela dan menghina Rasulullah s.a.w. adalah kafir dan wajib dibunuh dan ini merupakan mazhab sekalian ahli ilmu. Ibn al-Mundhir berkata bahawa para ahli ilmu telah berijmac bahawa hukuman bagi orang yang menghina Nabi s.a.w. ialah bunuh. Antara mereka yang berpandangan sedemikian ialah Imam Malik bin Anas, al-Laith, Ahmad bin Hanbal, dan Imam Ishaq bin Rahawiyah al-Shafici.[15]

Abu Bakr al-Farisi meriwayatkan dari para sahabat al-Shafici bahawa adalah ijmac sekalian muslimin bahawa hukuman orang yang menghina Nabi s.a.w. adalah dibunuh dan jika menghina manusia lain adalah disebat. Ini merujuk kepada kesepakatan para Sahabat dan Tabicin bahawa orang yang menghina Nabi s.a.w. wajib dibunuh jika ia adalah muslim. Demikian juga menurut pendapat al-Qadi cIyad.[16]

Imam Ishaq menjelaskan bahawa umat Islam telah sepakat bahawa orang yang menghina Allah atau menghina RasulNya s.a.w., ataupun membunuh seorang Nabi dari para Anbiya, maka dia adalah kafir. Al-Khatabi juga berkata bahawa: Aku tidak mengetahui seorang pun dari kalangan umat Islam yang berselisih pendapat mengenai wajibnya hukum bunuh ini.[17]

Muhammad bin Sahnun menyatakan bahawa para ulama berijmac bahawa orang yang menghina Nabi s.a.w. adalah kafir dan akan dizab pada hari akhirat, serta hukumnya di sisi umat Islam ialah bunuh. Barangsiapa yang syak tentang kekufuran orang tersebut dan azab yang akan ditimpa ke atasnya, maka dia juga adalah kafir.[18]

Imam Ahmad menjelaskan bahawa orang yang menghina Nabi s.a.w. samada muslim ataupun kafir, jika jelas perbuatan mereka itu, maka hendaklah dibunuh tanpa istitab (diminta bertaubat). Ibn Taymiyah dan Ibn Hazm juga berpendapat sedemikian.[19]

Kesimpulannya, orang yang menghina Nabi s.a.w. jika dia adalah muslim, maka dia menjadi kafir dam dibunuh tanpa khilaf. Ini merupakan kesepakatan mazhab Imam yang empat dan juga mazhab-mazhab yang lain. Jika dia adalah kafir dhimmi, maka dia juga dibunuh juga menurut pendapat mazhab Imam Malik, Ahli Madinah, mazhab Imam Ahmad, dan fuqaha Hadith.

Al-Qadi Abu al-Fadl menjelaskan bahawa Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq berkata bahawa mereka yang menghina Rasulullah s.a.w., taubat mereka ini tidak diterima. Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Sufyan al-Thawri, ulama Kufah, dan Imam al-Awzaci telah menghukumkan orang-orang yang menghina Rasulullah sebagaimana hukuman orang yang murtad.

Ibnu Qassim di dalam al-Utbiyyah menyatakan bahawa sesiapa yang menghina atau menyakiti atau mengaibkan atau meperkecilkan Rasulullah s.a.w., maka sesungguhnya ia dihukum bunuh dan dihukum seperti hukuman orang zindiq. Allah Taala telah mewajibkan ke atas hamba-hambaNya agar memuliakan dan membesarkan Rasulullah s.a.w.

Di dalam kitab al-Mabsut, cUthman bin Kinanah menyebutkan bahawa sesiapa yang menyakiti Nabi s.a.w. di kalangan orang Islam sendiri, maka ia dibunuh atau disalib hidup-hidup serta tidak diterima taubatnya dan imam atau pemimpin boleh membuat pilihan samada mahu menyalib secara hidup-hiudp atau terus dibunuh orang tersebut.

Diriwayatkan dari Abu Mascud dan Ibnu Abi Uways: Kami mendengar Imam Malik berkata: Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. atau menyakiti atau mengaibkan atau memperkecilkan Rasulullah s.a.w., maka dihukum bunuh samada Muslim ataupun kafir dan tidak diterima taubatnya.

Ulama juga bersepakat bahawa barang siapa yang mendoakan bagi kalangan anbiya dengan doa celaka atau sesuatu yang tidak baik, maka sesungguhnya dia dihukum bunuh dan tidak diterima taubatnya. Abu al-Hasan al-Qabasi berfatwa bahawa sesiapa yang berkata terhadap Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda s.a.w. adalah anak yatim yang dibela oleh Abu Talib, maka ia dihukum bunuh.

Fuqaha Andalus telah berfatwa menjatuhkan hukuman bunuh kepada Ibnu Hatim al-Mutafaqqif[20] al-Tholaithili. Ibnu Hatim telah dibunuh dan disalib kerana memperkecil-kecilkan bahkan juga telah menghina Rasulullah s.a.w. dengan panggilan anak yatim. Beliau juga telah mendakwa bahawa kezuhudan Rasulullah s.a.w. bukanlah kerana tujuan zuhud yang sebenarnya, bahkan jika Rasulullah s.a.w. mampu untuk memakan makanan yang baik-baik, pasti Rasulullah s.a.w. akan mendapatkannya. Tetapi disebabkan kemiskinan, maka terpaksalah Rasulullah s.a.w. hidup dalam keadaan zuhud.

Disebabkan keterangan Ibnu Hatim ini mendatangkan keraguan kepada orang ramai, maka beliau dihukum sedemikiak rupa. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. mampu untuk emmakan makanan yang baik-baik tetapi oleh kerana Rasulullah s.a.w. memang menginginkan kehidupan yang sederhana dan zuhud, maka Rasulullah s.a.w. memilih jalan zuhud.

Dalam kisah yang lain, fuqaha Qayruwan dan sahabat-sahabat Sahnun telah berfatwa menjatuhkan hukum bunuh kepada Ibrahim al-Fazari (merupakan penyair yang pandai dalam pelbagai bidang seni). Dia adalah salah seorang yang hadir dalam satu perbahasan di majlis ilmu al-Qadi Ibnu cAbbas bin Talib. Dalam majlis tersebut, al-Fazari telah menyebut perkara-perkara yang menghina dan mencerca Allah, Nabi-nabi, dan Nabi Muhammad s.a.w. Hadir bersama dalam majlis itu ialah al-Qadi Yahya bin cUmar dan beberapa orang fuqaha. Mereka telah mengeluarkan perintah membunuh dan menyalib Ibrahim al-Fazari. Dia kemudiannya ditusuk dengan pisau dan disalib secara terbalik iaitu kaki di atas dan kepala di bawah dan selepas itu mayatnya diturunkan dan dibakar.

Mengikut hikayat sesetngah ahli sejarah, ketika mayatnya diturunkan dari kayu salib tersebut, maka mayatnya dipaling dari kiblat untuk menjadi tanda dan iktibar kepada orang ramai. Maka semua manusia yang ada di situ bertakbir beramai-ramai dan anjing-anjing yang ada di situ menjilat darahnya. Bekata Yahya bin cUmar: Benarlah kata-kata Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadithnya iaitu yang bermaksud:

Anjing tidak akan menjilat darah seorang muslim.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan mencaci Rasulullah s.a.w. adalah terlalu besar dosanya hingga patut dihukum kafir dan dibunuh orang tersebut. Habib bin Rabic al-Qarwi menyatakan bahawa mazahb Imam Malik dan sahabat-sahabatnya telah menjelaskan bahawa sesiapa berkata pada diri Rasulullah s.a.w. akan kekurangan atau memeprkecil-kecilkan Baginda s.a.w. akan dihukum bunuh dengan tanpa diterima taubatnya.

Demikian juga al-Qadi Abi al-Fadl yang menyatakan bahawa hukum bagi sesiapa yang mengaibkan Rasulullah dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. sebagai pengembala kambing atau seseorang yang pelupa atau terkena sihir atau dikalahkan atau dicederakan oleh musuh atau disakiti oleh musuhnya ataupun cenderung kepada perempuan, dengan tujuan untuk memperkecilkan Rasulullah s.a.w. adalah dibunuh.

Allah Taala melaknat sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. samalah seperti menghina Allah s.w.t. tiada khilaf di sisi ulama mengenai dihukum bunuh, dilaknat, dan dihukum kafir bagi sesiapa yang mencerca Allah s.w.t. sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:[21]

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perakara yang tidak diredhai Allah dan rasulNya, Allah melaknat mereka di dunia dan Akhirat dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang amat hina.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[22]
Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi ialah dengan balasan bunuh atau dipalang atau dipoting tangan dan kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka.

Juga boleh diertikan perkaatan ‘al-qatl’ (bunuh) dengan makan laknat. Firman Allah Taala yang bermaksud:[23]

Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan merea dari ramatNya.

Maksud dari ayat ini ialah Allah melaknat mereka. Sekiranya sesorang yang menyakiti orang Mukmin dihukum pukul atau seksa atau penjara, maka hukuman menyakiti Allah dan RasulNya adalah lebih besar dan dahsyat daripada itu iaitu hukum bunuh.

Firman Allah Taala yang bermaksud:[24]

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa bercakap dengannya sebagaimana sesetangah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan sesetangah yang lain, supaya amalan-amalan kamu tidak dihapuskan pahalanya sedangkan kamu tidak menyedarinya.

Ayat ini menunjukkan bahawa seseorang mukmin itu tidak akan dihapuskan amalnya melainkan setelah ia dihukumkan kufur dan dilaknat oleh Allah Taala dengan sebab menyakiti Nabi s.a.w.
Dakwaan pihak akhbar Denmark yang menyatakan bahawa mereka tidak ada niat untuk menyinggung Nabi dan perasaan umat Islam adalah suatu yang tidak masuk akal. Bahkan sikap mereka yang sedemikian sudah lama terpateri dalam al-Quran iaitu firman Allah yang bermaksud:[25]

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan-ejekan itu) tentu mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanya bermain dan berbual-bual. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatnya serta RasulNya kamu perolok-olokkan dan mengejek? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan dusta) kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu melahirkan iman. Jika kami maafkan sepuak dari kaum (kerana mereka bertaubat), maka akan menyeksa puak yang lain kerana mereka adalah orang yang salah (berdosa).

Ahli-ahli tafsir menyifatkan kufurnya mereka itu adalah kerana kata-kata mereka kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa mencerca Nabi, maka hendaklah dibunuh dan barangsiapa mencerca para sahabat, hendaklah dipukul.

Di dalam sebuah hadith sahih riwayat al-Bukhari daripada Jabir: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Kacb bin al-Ashraf dengan sabdanya yang bermaksud:

Siapakah dia yang mampu membunuh Kacb bin al-Ashraf! Sesungguhnya dia (Kacb) telah menyakiti Allah dan RasulNya.

Ini menunjukkan bahawa Kacb dibunuh bukanlah kerana melakukan syirik kepada Allah, tetapi kerana menyakiti dan menghina Allah s.w.t.
Begitu juga dengan perintah Rasulullah s.a.w. pada hari pembukaan kota Makkah iaitu perintah membunuh Ibnu Khattal dan hambanya kerana mereka telah menyanyi-nyanyi mencerca dan menghina Rasulullah s.a.w.

Diriwayatkan oleh cAbd al-Razzaq bahawa seorang wanita telah mencerca Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapakah yang ingin mempertahankan aku dari musuhku ini? Maka Khalid bin al-Walid keluar dan pergi membunuh wanita tersebut.

Diriwayatkan juga bahawa:

Seorang lelaki telah berdusta kepada Rasulullah s.a.w., lalu Ali dan Zubayrr pergi membunuh lelaki tersebut.

Di dalam sebuah kisah, Amir al-Mu’minin Harun al-Rashid telah bertanya kepada Imam Malik tentang seorang lelaki yang telah mencaci Rasulullah s.a.w. Al-Rashid juga memberitahunya bahawa para fuqaha di Iraq telah mengeluarkan fatwa bahawa lelaki tersebut dikenakan hukuman sebat. Mendengar cerita itu, Imam Malik menjadi marah lantas berkata: Wahai Amir al-Mu’minin! Apakah lagi yang tinggal pada umatnya selepas Nabinya dicaci! Sesungguhnya sesiapa yang mencaci para Anbiya, maka hendaklah dibunuh dan sesiapa yang mencaci sahabat hendaklah disebat.

Dari keterangan di atas, boleh diambil iktibar bahawa orang yang mencaci dan memperkecilkan Nabi s.a.w. jelas menandakan mereka mempunyai penyakit hati dan tanda kekufuran dan dengan itulah kebanyakan ulama menghukumkan mereka sebagai murtad jika mereka adalah dari orang Islam.

Namun, ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak dihukum kafir dan dibunuh melainkan sekiranya ia benar-benar berpegang dengan kata-katanya dan tidak mengingkari perkataan yang telah dikeluarkannya. Sekiranya dia mengakui kata-katanya dan tidak mahu bertaubat dari perbuatannya samada kata-kata yang dikeluarkan secara terang-terangan, mengejek-ngejek, dan sebagainya, maka tiada khilaf dan secara pasti ini menunjukkan kekufurannya dan oleh itu halal darahnya (dihukum bunuh).

Ahli tafsir menyatakan bahawa mereka ini adalah lebih jahat dan lebih teruk dari keldai. Orang yang mencaci Nabi s.a.w. dihukum zindiq dan berhak dihukum bunuh kerana menukar dan mengubah agamanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang menukar agamanya, maka dihukum pancung.

Hukuman sedemikian sebenarnya bertujuan untuk menjaga dan memelihara kehormatan dan keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment