Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, April 6, 2012

9 Petua Doa Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T

Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk m’capai doa mustajab

  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

  • Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.

  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengankat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

  • Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

  • Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”

  • Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

  • Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

  • Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’

  • Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.

  • No comments:

    Post a Comment

    Translate

    Muhasabah Diri Sebelum Tidur

    "Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
    (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

    بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
    Bismikallahumah Ahya Wa'amut...