Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, December 30, 2012

DOA JODOH.........

Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….
Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..
Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…
Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….
Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….
Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…
Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…
Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….
Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….


"Kalau kau sibuk kejar yang ada rupa , ada harta , ada pelajaran , ada segalanya , sampai bila bila lah kau tak berpasangan . Sebab ? Kau sendiri tak perfect"

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Tafsirannya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

A) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤)




Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

B) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

C) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

D) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

E) Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

NASIHAT SEPANJANG ZAMAN



Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Wednesday, December 26, 2012

Separuh Sedar

Seringkali
Ku biarkan khilaf menguasai
Ternyata sengaja aku abaikan semua
kewajipan hidup
Masihkah
ada ruang untuk diri ini
mengubah rasa gundah dan rasa kecewa
di dalam jiwa
Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu Oh oh..
Kini aku
Menyesali perbuatan lalu
Ku tahu detik waktu
Tak akan kembali
seperti dahulu
Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu
Ya Allah!
Berikanku cahaya
Tunjukkan jalan yang benar
Jangan biar ku terdampar
Jauh di sudut hati ini
Ku ingin mencari yang hakiki
Jangan biarkan aku alpa
Separuh sedar
Puas sudah ku cuba singkap
Erti hidup yang sebenar
Ku masih mencari cari
Erti sakinah yang abadi
Ya Allah
Ampunilah aku...
Jangan kau biarkan aku alpa
Separuh nyawa
Separuh sedar
Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu
Ya Allah!
Berikanku cahaya
Tunjukkan jalan yang benar
Jangan biar ku terdampar


Sumber :https://soundcloud.com/jipiemusic/separuhsedar

buat Muhasabah DIRI

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini?.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu??
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu?mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu?

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu? & tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya da bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya?.
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma?thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da?ie.

Diriku,
Pada tawadhu?, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ?.
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati?.

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu?.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadpan kudrat dan iradat-Nya?.
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN

"Saidina Ali pernah berkata: Dunia hanyalah di tanganku... tetapi akhirat terletak di hatiku... "

****************************************************

Nasihat KUBUR:


1) aku adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan Tahajud.
2) aku adalah tempat yang paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturrahim.
3) aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan baca al-Quran.
4) aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikkan maka racunilah ia dengan amal sedekah.
5) aku adalah tempat munkar dan nakir bertanya maka persiapkanlah jawabanmu dengan perbanyak mengucapkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH'

Maksud Haji

Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah" ) merupakan penziarahan raksasa yang dilakukan umat Islam di Makkah, Arab Saudi dan ia adalah antara penghijrahan yang terbesar di dunia. Merupakan tuntutan ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam,[1] kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan berkuasa.[2] Haji adalah satu demonstrasi perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.[3]

Penziarahan ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.[4]

~✿ KELEBIHAN NIKAH ✿~


♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja cari rezeki untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
 ♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak beritahu bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
 ♥ Main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA! Allahu akbar
♥ SERONOKNYA dapat Pasangan Yang Halal ♥

Antara wasiat Nabi kepada Saidina Ali. Segala sesuatu itu ada penyakitnya.


 ❖ Penyakit berkata-kata adalah bohong. 
❖ Penyakit ilmu adalah lupa. 
❖ Penyakit ibadah adalah riak. 
❖ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri. 
❖ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian. 
❖ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga. 
❖ Penyakit malu adalah lemah. 
❖ Penyakit mulia adalah menonjolkan diri. 
❖ Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan. 
❖ Penyakit agama adalah hawa nafsu.

10 CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT;

 Ingatan buat diriku yang selalu terlupa... 
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu 
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga 
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar 
4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah 
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti di taman neraka 
6. Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan 
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu 
8. Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka 
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka 
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

 renungkanlah & ambik ikhtibar serta muhasabah diri kita seharian tentang apa yang telah perbuat sepanjang kita hidup ..semoga kita semua dijauhkan dari segala kejahatan...sama-sama la kita memperbanyakkan segala amal soleh kerna Allah selagi kita masih bernyawa..Allahu Rabbi..

Jangan

❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji
❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna Hakikatnya...
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

Sunday, December 23, 2012

Jangan Abai Solat Berjemaah

Apakah kedudukan masjid dalam Islam dan kelebihan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi?
Shaikh Ismail: Masjid adalah tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Ia juga adalah salah satu daripada syiar agama kita yang Maha Agung ini.
Malah ada hadis yang menyebut, "bandar yang di dalamnya terdapat lebih banyak masjid daripada gedung perniagaan adalah lebih diberkati".
Tentang Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ini, Rasulullah SAW bersabda: Pahala solat di masjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam satu riwayat Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Solat di masjidku ini lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lainnya kecuali masjid Haram, dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lainnya". (riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Dalam ayat 35 surah al-Hajj dijelaskan bahawa apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka. Bagaimana nak mencapai tahap ini?
SHAIKH ISMAIL: Ini adalah antara ciri tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak. Iaitulah orang yang sentiasa menunggu-nunggu waktu solat yang akan datang setiap kali selepas selesai solat.
Untuk mencapai tahap begini, ia perlukan kepada didikan dan asuhan sejak kecil. Dalam hal ini, peranan ibu bapa sangat penting. Anak-anak hendaklah sentiasa dididik melalui pendekatan dakwah bil hal iaitu melalui contoh oleh ibu bapa.
Jika ke masjid jangan lupa bawa bersama anak-anak. Kerah mereka jangan pula hanya ibu bapa ke masjid anak-anak dibiarkan di rumah.
Kalau di sekolah, guru-guru boleh memainkan peranan. Wajibkan mereka solat berjemaah di surau atau masjid di institusi pengajian tinggi pun serupa. Lagipun, mereka yang berjaya selalunya adalah golongan yang istiqamah dalam ibadat terutama solat berjemaah.
Didikan yang berterusan pada usia kanak-kanak selalunya berjaya memupuk budaya cintakan masjid. Sebab itu, ada kejayaan sekolah-sekolah berasrama dalam membentuk remaja yang kekal solat berjemaah di masjid atau surau.
Salah satu perkara yang terus menjadi perbahasan ialah mengasingkan kanak-kanak daripada bapa semasa solat. Ini adakalanya menjadi penghalang proses mentarbiah anak-anak ke masjid. Apakah pendekatan terbaik dalam hal ini?
SHAIKH ISMAIL: Kaedah fikah telah menetapkan kedudukan saf dalam berjemaah iaitu lelaki, kanak-kanak dan kemudian wanita. Ini bermakna kita mengalu-alukan kanak-kanak datang berjemaah.
Ibu bapa pula perlu memberi nasihat kepada anak masing-masing supaya menjaga adab dan disiplin di masjid agar tidak mengganggu jemaah lain beribadat. Barangkali umur paling sesuai membawa anak ke masjid ialah 7 tahun sebagai mana hadis Rasulullah yang menyuruh ajarkan anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun.
Kalau masih terlalu kecil, elok mereka dilatih di rumah dahulu tentang adab solat berjemaah dan tidak bising semasa kita solat.
Kita sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang membawa anak-anak yang sudah diasuh tentang adab dan tingkah laku berada di majlis. Apa yang menjadi masalah kepada para pegawai masjid ialah sikap sebilangan ibu bapa yang lepas tangan dan biarkan sahaja anak mereka berlari-lari membuat bising di masjid.
Banyak masjid kini menyediakan pelbagai program ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah. Malah kita juga suka kalau anak-anak datang bermain di kawasan masjid seperti main bola, sepak takraw. Cuma mereka mestilah menutup aurat dan apabila masuk waktu solat hendaklah sama-sama tunaikan solat secara berjemaah.
Pendekatan sebegini lama-kelamaan akan menarik mereka sentiasa mahu berdamping dengan rumah Allah dan bukannya menjauhkan diri daripada masjid.
Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda, Dan dari Aisyah r.a ia berkata, Saya melihat Rasulullah menutupi saya waktu saya melihat orang Habsyah bermain (pedang) di masjid. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau kita lihat di Masjidil Haram atau Nabawi, jemaah boleh beriktikaf malah tidur di dalamnya. Adakah jika masjid-masjid kita turut membenarkan perbuatan ini boleh menarik lebih ramai mengunjunginya?
SHAIKH ISMAIL: Masjid di negara kita pun memang benarkan tidur untuk beriktikaf. Cuma jangan sampai ada yang mengambil kesempatan disebabkan contohnya ada pendingin hawa maka dia datang ke masjid lalu tidur.
Kita suka kalau ramai yang beriktikaf di masjid, baca al-Quran dan tunaikan solat-solat sunat setidak-tidaknya tahiyatul masjid. Itu memang bagus.
Lagipun di Masjid Negara ini kita sentiasa menerima lawatan pelancong, jadi kalau umat Islam sentiasa ramai yang beriktikaf dan solat tahiyatul masjid, barulah ada adab berada di rumah Allah.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, Apabila seseorang di antara kamu masuk ke masjid, maka janganlah ia duduk sebelum ia solat dua rakaat. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Bolehkah datuk jelaskan ayat 18 surah at-Taubah Allah jelaskan kriteria orang yang memakmurkan masjid?
SHAIKH ISMAIL: Ayat itu bermaksud, Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)
Antara faktor yang boleh mencapai tahap ini ialah menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau. Solat berjemaah juga menjadikan kita lebih peka kepada rakan-rakan. Contohnya, apabila ada di antara rakan yang tidak hadir berjemaah maka kita akan bertanya di manakah beliau, adakah sihat atau sakit dan sebagainya.
Cuma yang nak saya sebutkan di sini ialah majoriti umat Islam di negara kita menunaikan solat. Apa yang kurang diamalkan ialah solat berjemaah. Kita sering lihat orang Islam solat di pasar raya semasa membeli-belah, di kawasan rehat dan rawat lebuh raya dan juga di lapangan terbang.
Sayangnya, mereka pilih untuk solat bersendirian sedangkan solat berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Tambahan pula, solat berjemaah itu hukumnya fardu kifayah.
Kalau kita lihat masyarakat Islam dahulu, mereka berkorban untuk mengimarahkan masjid dan surau. Masjid dahulu kedudukannya agak jauh dari rumah dan hanya menggunakan pelita atau lampu ayam. Orang tua-tua dahulu pun majoritinya tidak mempunyai kenderaan tetapi mereka tetap berusaha datang berjemaah.
Kini majoriti kita lebih mewah berbanding masyarakat dulu. Masing-masing mempunyai kenderaan baik motosikal atau kereta. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak ke masjid solat berjemaah. Malah, Allah juga telah berjanji bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk jalan-Nya akan diganti.
Lagipun, kalau bersendirian, adakalanya datang rasa malas untuk solat pada awal waktu. Sebaliknya apabila berjemaah bukan sahaja kita solat di awal waktu tetapi kita juga lebih khusyuk. Selepas solat, kita boleh pula melakukan ibadat sunat yang lain seperti solat sunat atau membaca al-Quran. Datuk Shaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber?T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ?menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ?juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


?Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith /font>

Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-?Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)


TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya

" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah /font>


a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »


Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ?trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ?dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ?standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.

Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ?standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.

e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ?advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ?game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ?game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :


"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.


Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ?that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )


Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW


Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?



Sekian

Jauhi Sikap Berlebihan Dalam Agama

Aisyah Abu Bakar menceritakan bahawa pada suatu hari, al-Haula binti Tuwait berjalam bersamanya dan di sampingnya adalah Rasulluallah. Lalu Aisyah berkata, " Ini adalah al-Haula binti Tuwait. Orang-orang berkata bahawa dia tidak tidur pada malam hari."
Maka Rasulluallah bersabda,

" Dia tidak tidur pada malam hari? Kerjakanlah amal seberapa yang kamu mampu. Demi Allah, Allah tidak akan bosan sehingga kamulah yang berasa bosan." ( Hadis Sahih )

NOTA: Pesanan Rasulluallah ini menyentuh mengenai kesederhanaan dalam beribadah, iaitu jangan terlalu mengurangkannya dan jangan terlalu melebih-lebihkannya. rasulluallah agak terperanjat apabila diberitahu mengenai perihal al-Haula yang tidak tidur malam untuk beribadat, justeru baginda menasihatkan agar beribadat ala kadar yang mampu.

Ini bertetapan dengan firman Allah dalam surah al-Qashas: ayat 77 yang bermaksud, " Dan cari lah apa yang di anugerahkan Allah padamu ( kebahagiaan ) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kenahagiaanmu dari kenikmatan duniawi."
Begitu juga sabda Rasullallah yang bermaksud,
" Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang itu memberatkan agama kecuali menguasainya. Maka luruskanlah, berlaku wajarlah dan betgembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, lapang dan sedikit dari malam hari."
(Riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad)

ANJING-ANJING NERAKA


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

Tamparan 3 Soalan

Al-kisah seorang pemuda yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara.Dia meminta orang tuanya mencarikannya seorang guru agama,kiyai atau sesiapa saja yang boleh menjawab 3 soalannya.org tuanya pun segera mendapatkan orang itu..

Pemuda : Anda siapa dan mampukah jawab soalan-soalan saya??

Kiyai : Saya hamba Allah dan hanya dengan izin-Nya dapat saya menjawab soalan anda.

Pemuda : Anda yakin,sedang Professor dan banyak org pintar pun belum tentu dapat menjawab soalan saya.

Kiyai : Saya akan cuba selagi termampu.

Pemuda : Saya mempunyai 3 soalan.

1. Kalau benar Tuhan itu ada,tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.

2.Apakah yang dinamakan takdir?

3.Kalau Syaitan dicipta dari api, Kenapa dimasukkan ke neraka yang juga diperbuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat Syaitan. Ini kerana kedua-duanya adalah dari unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu??


Tiba-tiba Kiyai menampar pipi Pemuda tersebut.

Pemuda(sambil menahan sakit) : Kenapa,anda marahkan saya??

Kiyai : Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan kepada 3 Soalan saudara tadi.

Pemuda : Maafkan saya,tapi saya tidak faham.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya??

Pemuda : Tentu saja saya merasa sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada??

Pemuda : Ya.

Kiyai : Tunjukkan pada saya sakit itu!

Pemuda : Saya tak boleh.

Kiyai : Itulah jawapan soalan pertama, kita semua merasakan keberadaban Tuhan tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Kiyai : Adakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah dinamakan Takdir.

Kiyai : Tangan saya yang menampar awak tadi diperbuat dari apa??

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Pipi anda pula diperbuat dari apa??

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya??

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun Syaitan diperbuat dari api dan Neraka juga diperbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk Syaitan.


"Sebijak manapun seorang manusia itu..Teramat Bijaksananya Allah"

Masih Ingat Andaian Kiamat 2012?

JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...