Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, July 30, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda.

7 mata dicintai Allah


Tafakul dan muhasabahlah sebelum tidur


Sunday, July 29, 2012

Marilah sama-sama kita berdoa buat saudara seislam kita sama ada di rohingya ataupun syiria

Marilah sama-sama kita berdoa buat saudara seislam kita sama ada di rohingya ataupun syiria yang sedang bergolak dan di timpa musibah...walaupun kita tidak dapat menyertai mereka untuk berperang ,cukuplah sekadar untaian doa yang dipanjatkan buat mereka.Semoga Allah S.W.T menilai doa kita sebagai ibadah dan salah satu bukti cinta kita kepada saudara seislam kita..

Rayuan ADMIN: Mereka sangat memerlukan doa daripada kita!!Di bulan Ramadan ini banyak tempat makbulnya doa. Malah, janji Allah doa orang yang berpuasa itu sendiri makbul.Mohon artikel ini disebarkan dan di SHARE kepada umat Islam yang lain dan sama-sama kita berdoa untuk saudara kita di sana. InsyaAllah ..Allah akan melindungi dan membantu umat Islam di sana serta diberikan kekuatan dan kemenangan.

Doa untuk memohon dari Allah agar anak menjadi seorang yang cerdik dan pandai. Mudah-mudahan. Share jika perkongsian ini dirasakan bermanfaat kepada anda dan yang lain


SIAPA KITA HENDAK MENGHUKUM?

Renungan Ramadhan:

Mengapa amalan orang yang menjadi fokus kita sedangkan kita patut risau kepada amalan diri kita sendiri di bumi ini yang akan di bawa ke ahirat nanti. Bila menilai keburukan orang, kita sampai jadi riak dengan amalan sendiri dan merasakan diri kita sempurna. Siapa kita hendak menghukum sedang sebaik-baik penilai adalah Allah. Risaulah dengan diri kita sendiri, orang yang di bawah tanggungjawab kita dan perbaikki keburukan diri sendiri dahulu. Orang boleh berubah bila-bila masa dengan izin Allah dan mungkin akan menjadi yang terbaik daripada kita. Kita hidup kerana Allah bukan kerana pujian dan kejian. Bersama kita memohon keampunan Allah. Aminnn ya rabbb

Thursday, July 26, 2012

“RAMADHAN JIHAD MELAWAN NAFSU” | KHUTBAH JUMAAT 2012


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  RAMADHAN JIHAD MELAWAN NAFSU                                                              
(27 JULAI 2012 / 7 RAMADHAN 1433H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatan ini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan untuk menghasilkan ibadah puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita sebagai insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Bersempena dengan  Sambutan Hari Pahlawan Negara pada 31 Julai tahun ini, maka mimbar Jumaat pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: RAMADHAN JIHAD MELAWAN NAFSU”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Walaupun peperangan adalah  perbuatan terkutuk tetapi ada peperangan yang terpuji iaitu peperangan di jalan Allah atau peperangan fi sabilillah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Haj ayat 39 yang bermaksud: Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka. Jadi peperangan di jalan Allah itu ialah peperangan mempertahankan diri dari pengusiran, mempertahankan diri dari penganiayaan dan mempertahankan diri dengan jihad kerana Allah SWT. Oleh sebab itu mereka yang berperang di jalan Allah dianggap sebagai pahlawan Allah dan jika mereka mati pun dianggap mati syahid. Namun, persoalan besar timbul ialah bagaimanakah cara kita untuk meraih ganjaran yang hebat itu?. Mimbar ingin menegaskan bahawa jihad melawan nafsu merupakan kunci kepada segala peperangan. Firman Allah SWT  di dalam surah Yusuf ayat 53:
Maksudnya: Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini Rasulullah SAW mengajar kita untuk meninggalkan suatu peperangan, suatu perjuangan atau suatu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu.  Jihad nafsu bermaksud mengawal diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi  sememangnya sangat sukar bagi kita kerana tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan kerana ianya telah dipengaruhi oleh syaitan laknatullah. Namun, berdasarkan hadith dan jaminan oleh Rasulullah SAW bahawa pada bulan yang mulia inilah segala musuh manusia telah dirantai oleh Allah SWT dan kita sebagai umat Islam di beri peluang seluas-luasnya untuk beribadah kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu rahmat dan terkuncilah segala pintu neraka dan terbelenggulah syaitan daripada merasuk mangsanya.”(Bukhari & Muslim)

Berjihad melawan nafsu adalah tanda-tanda mereka yang cinta kepada Allah SWT. Tanda-tanda lain membuktikan kita cinta kepada Allah ialah, pertama: Selalu menyebut nyebut nama Allah dengan membaca al-Quran ataupun berzikir, kedua: Rindu kepada Allah, rindu pada hari saat kita akan melihatnya, ketiga: Mencontohi tingkahlaku dan ajarannya Rasul-Nya dan keempatnya: Bermanja-manja dengan-Nya ketika sedang bersendirian terutama ketika sepertiga malam yang terakhir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pertembungan kepentingan antara kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah di antaranya  ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat ini  melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita tidak mengikis dan membuangnya maka ianya semakin kuat dan menebal pada hati kita.Tetapi untuk membuangnya, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran serta berjihad.
Sebagai seorang Islam, salah satu  perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadah yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah turut berpuasa.
Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah. Amalan wajib dan sunat yang padat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia dan mencegah penyakit. Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran nilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar, atau kita berpuasa dan pada masa yang sama mengambil berat aspek pembersihan jiwa dan akhlak kita. Rasulullah SAW  bersabda:
Maksudnya:Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari)
 
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Bersempena dengan  Sambutan Hari Pahlawan Negara,mimbar mengajak umat  Islam yang cintakan agama dan negara bahawa amatlah  wajar bagi kita menghargai jasa dan pengorbanan  besar pahlawan dan pasukan keselamatan dalam mempertahankan maruah agama, kedaulatan negara dan jatidiri bangsa negara kita. Mereka terdiri samada daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis di Raja Malaysia dan lain-lain agensi keselamatan serta individu yang secara bersama mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.  Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 20 :
Maksudnya: “Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang yang berjaya .
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, selari  dengan bulan yang mulia lagi berkat ini menyeru, kepada para jemaah sekalian marilah sama-sama kita bermujahadah dengan diri sendiri, mengawal segala perbuatan agar ianya bertepatan dengan kehendak syariat dan tuntutan agama. Mimbar juga menyeru marilah sama-sama kita menghiasi diri kita dengan amalan kebaikan dan menutup segala pintu-pintu nafsu kejahatan, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan puasa wajib dan digilap pula dengan amalan-amalan sunat siang dan malam di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali dan merupakan satu jihad daripada seorang hamba kepada tuhannya.   Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah faatir ayat 10:
Maksudnya: “ Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada-Nyalah naik segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula di angkat-Nya naik. Dan orang yang merancang kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka akan rosak binasa”.


ayat 6

KEINDAHAN SENDA GURAU RASULULLAH (:

Kisah1 : UNTA ITU IBU DAN ANAK

Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda ﷺ berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah ﷺ. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.

KISAH 2:Baginda ﷺ berlumba lari dengan Sayyidatina Aisyah 


Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah ﷺ. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda ﷺ) telah mendahului saya. Kemudian baginda ﷺ berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda ﷺ berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.
Indahnya Akhlak Rasulullah . ^^
Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.
dalam bersenda gurau jangan menipu/menyakitkan hati orang lain untuk buat orang ketawa. ^^
سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

☛ Peristiwa-peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan ☚


1) 17 Ramadhan 2H - Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

2) Ramadhan 5H - Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

3) 20 Ramadhan 8H - Pembukaan Kota Mekah dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

4) Ramadhan 10H - Utusan ke Yaman

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

5) 9 Ramadhan 16 H - Perang Al-Qadisiyyah

Kemenangan besar Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas. Tentera islam seramai 10,000 vs tentera Parsi 120,000 orang. Sejak dari itu, hancurlah empayar Parsi yg gah dan terkenal, dan Umar r.a memakaikan gelang Raja Kisra pada Suraqah bin Malik seperti yg dijanjikan oleh Rasulullah.

6) Ramadhan 92H - Panglima Islam Tariq Ziad mendarat Di Sepanyol

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

7) 10 Ramadhan 459 H - Peperangan Zallaqah di Portugal

Al-Muktamin dgn bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin memerangi al-Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Portugal dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

8) Ramadhan 584H - Panglima Islam Salahudin al-Ayubi mengalahkan tentera salib

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

9) Ramadhan 658H - Perang Ain Jalut

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

10) 26 Ramadhan 927 H - Perang Serbia

Kemenangan Islam di bawah pimpinan Sultan Murad 1 dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

11) 15 Ramadhan 1294 H - Perang Yakhliz

Bala tentera Islam Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
 

Monday, July 23, 2012

Bulan puasa datang lagi


SEDERHANA...amalkan berbuka secara sederhana dan tidak membazir. - Gambar hiasan
SEDERHANA...amalkan berbuka secara sederhana dan tidak membazir. - Gambar hiasan
ESOK, umat Islam menjalani ibadah puasa. Alangkah bertuah dan beruntung mereka yang diberi umur untuk menemui Ramadan.
Ramadan adalah medan tarbiah bagi mempertingkatkan amal ibadah selain memberi keseimbangan aktiviti seharian umat Islam yang kurang baik sebelum ini.

 MOHON TAUBAT...banyak doa dan bertaubat atas kesilapan yang pernah dilakukan. - Gambar hiasan
 MOHON TAUBAT...banyak doa dan bertaubat atas kesilapan yang pernah dilakukan. - Gambar hiasan

Peranan puasa boleh disamakan dengan fungsi enjin yang menjadi bahagian terpenting kepada kereta. Jika ia tidak diperiksa atau diselenggara secara berkala bagaimana ia mampu berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Begitu juga peranan puasa, sekiranya seorang itu tidak pernah berpuasa sudah tentu mereka akan mengalami masalah kesihatan tidak kiralah sama ada kesihatan fizikal atau rohani.

Namun, ramai mendakwa mereka berpuasa, tetapi masih melakukan perkara maksiat.
Apa puncanya? Mereka berpuasa sekadar menjalankan rutin apabila tiba bulan Ramadan saja.

Orang lain berpuasa, mereka pun ikut berpuasa tanpa memahami fadilatnya. Golongan itu amat rugi, walaupun berpuasa, tetapi hakikatnya mereka hanya mendapat lapar dan dahaga saja.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

Orang yang berpuasa rohnya sentiasa berada dalam keadaan bersih kerana hatinya dekat dengan Allah.

Berhati-hati ketika berbicara kerana bimbang boleh mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat, mencerca, menceritakan keaiban orang lain, memaki serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Makan berlebihan juga tidak boleh diamalkan kerana ia bertentangan dengan matlamat Ramadan. Pergaulan yang baik perlu dilakukan terutama terhadap isteri, anak, jiran tetangga, rakan dan seluruh manusia yang mempunyai hubungan dengan kita.

Umat Nabi Muhammad singkat umurnya berbanding umat nabi lain. Maka, Allah sediakan peluang dan kesempatan kita mengumpul amalan seperti mana yang disediakan buat umat terdahulu.

Pensyarah Pusat Kajian Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, (USM), Dr Mohd Shukri Hanapi berkata, umat Islam perlu sentiasa merujuk, memahami dan menghayati falsafah puasa Ramadan.

“Falsafah puasa itu tercatat dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah ayat 183).

“Antara falsafah utama puasa Ramadan ialah penjanaan takwa. Ulama mengemukakan makna takwa kepada beberapa pengertiannya antaranya meletakkan penghalang dan penghadang di antaramu dengan perkara yang diharamkan Allah iaitu melaksanakan perintah-Nya dan menghindari larangan-Nya serta melaksanakan amalan taat dan meninggalkan amalan maksiat.

“Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya Ubai bin Ka’ab, “Apakah takwa itu?”
Ubai menjawab, “Wahai Amir al-Mukminin, tidakkah engkau pernah memasuki jalan yang penuh berduri?” Kemudian Saidina ‘Umar menjawab, “Ya”. Ubai berkata, “Apakah yang engkau lakukan?” Saidina ‘Umar menjawab, “Aku menyinsingkan seluarku dan memerhatikan kakiku. Aku meletak satu langkah demi satu langkah dengan cermat kerana takut terkena duri”. Ubai berkata, “Itulah takwa”. Maksud takwa di sini ialah berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang ditegah dan diharamkan Allah.

“Tidak memadai bagi mereka yang berpuasa sekadar tidak makan dan minum pada siang hari serta menjaga perkara yang membatalkan puasa.

“Walaupun puasanya sah di sisi syarak, namun ia tidak menepati dengan falsafah puasa Ramadan kerana seorang Muslim bukan saja dikehendaki mematuhi syarat dan menjauhi perkara membatalkan puasa, malah perlu menghindari perkara yang diharamkan seperti meninggalkan solat, mendedahkan aurat, melemparkan kata-kata kesat, melihat dan mendengar perkara maksiat,” katanya.

Mohd Shukri berkata, amat mendukacitakan setiap kali Ramadan kemeriahan menunaikan solat Tarawih hanya berlaku buat seketika saja.

“Pada peringkat awal masjid dan surau penuh dengan jemaah. Selepas menunaikan solat sunat Tarawih mereka sama-sama bertadarus al-Quran.

“Namun, di pertengahan Ramadan, jemaah semakin berkurangan. Ia bertentangan dengan amalan Rasulullah yang berusaha mempertingkatkan amal ibadah lebih-lebih lagi menjelang malam terakhir Ramadan.

“Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, mengejutkan ahli keluarganya dan menunaikan solat sunat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

“Ia berpunca kerana kurangnya penghayatan terhadap keistimewaan dan kelebihan Ramadan. Dalam hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

“Apabila kurangnya penghayatan, amalan yang mereka lakukan dalam bulan Ramadan bagaikan tiada roh, malah mereka tidak sedikit pun merasai kelazatannya,” katanya.

Beliau berkata, jika seorang merasakan puasanya berada pada tahap paling rendah, iaitu puasa orang awam (sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa) maka mereka perlu berusaha mempertingkatkannya pada tahun ini.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat mencapai tahap kedua, iaitu puasa orang khas (berusaha menjaga akhlak dan melakukan perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya).

“Jika berjaya mencapai tahap kedua, berusaha pula tingkatkan hingga sampai tahap tertinggi, iaitu puasa paling khas (khawasil khawas).

Untuk mencapai tahap ini, mereka bukan saja dituntut menjaga segala perkara yang membatalkan puasa, tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa.

“Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada Allah.
Inilah tingkatan puasa yang sepatutnya cuba dicapai setiap Muslim.

“Sentiasa menjaga lidah dan mulut kerana orang berpuasa perlu mengelak daripada bercakap perkara yang sia-sia dan keji,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Puasa itu adalah perisai. Maka janganlah orang yang berpuasa itu bercakap perkara yang keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil.” (Riwayat al-Bukhari).

Menurutnya, dalam bulan Ramadan amalan boros kerap kali berlaku terutamanya ketika menyediakan makanan dan minuman berbuka puasa.

“Meskipun berbelanja itu hak seorang manusia, namun Islam memandang sifat boros sehingga berlaku pembaziran itu sebagai melampau.

Terdapat dua panduan untuk mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersederhana, sama ada ketika berbelanja iaitu berusaha mengehad kemahuan diri dengan cara menghapuskan nafsu jahat seperti ammarah, lawwamah atau mulhamah dan menggantikannya dengan nafsu baik.

“Hal ini boleh dilakukan dengan membersihkan hati yang akhirnya membawa kepada sikap berjimat cermat. Justeru, mereka tidak lagi berbelanja secara berlebihan.

“Amat mendukacitakan, pembaziran itu dilakukan ketika terdapat lagi segelintir masyarakat yang amat memerlukan bantuan,” katanya.

Mohd Shukri berkata, dalam hidup manusia mereka sering di dominasi hawa nafsunya.

“Mereka menuruti apa saja yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu sesuatu yang batil serta merugikan orang lain. Sebab itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu.

“Sekiranya manusia kalah dalam ‘peperangan’ memerangi hawa nafsunya ia akan mengalih pengabdiannya kepada Allah dan cenderung mengarahnya ke arah kesesatan.

“Allah memerintahkan kita memperhatikan masalah itu dalam firman-Nya yang bermaksud, “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jathiyah ayat 23).

“Berpuasa menjadikan seorang insan itu dididik memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun ia terhalang dengan pelbagai kesukaran.

Puasa juga menguatkan rohani Muslim yang membuatkannya mereka tidak lupa diri meskipun mencapai kejayaan duniawi.

“Semoga Ramadan kali ini kita istiqamah melakukan tadarus al-Quran, beriktikaf, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah, berzikir, sentiasa menjaga pancaindera daripada melakukan maksiat.

“Cara itu pastinya akan mengekalkan momentum perubahan diri yang diperoleh hasil tarbiah Ramadan,” katanya.


TIDAK TAHU BACA QUR’AN, KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG KE LANGIT

Suatu kisah yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Al-Qur'an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“TUHANKU! AMPUNKANLAH AKU KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBACA KALIMAH MU. JANGANLAH ENGKAU HUKUM AKU DI ATAS KEBODOHANKU INI.”
“WAHAI KALAM ALLAH, MAAFKAN KESALAHAN KU. AKU TIDAK MAMPU MEMBACA KALIMAHMU. AKU TIDAK DAPAT BERSAHABAT DENGANMU. AKU TIDAK DAPAT MEMAHAMI MU. TAPI AKU SANGAT MENGASIHI MU. AKU SANGAT MENCINTAIMU.“
“WAHAI KALAMULLAH, JANGANLAH ENGKAU MENDAKWA AKU, JANGAN ENGKAU MENUDUH AKU DIHADAPAN TUHAN DIAKHIRAT NANTI”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur'an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskhah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata dikertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan roh Al-Qur'an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al-Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan Ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

Sunday, July 22, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012 | Ingat RAMADHAN ingat ZAKAT


Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan..


Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan..


9 LALUAN TAUBAT

1. Fahami hakikat bertaubat.

Yang dikatakan bertaubat itu ialah menyesali kemungkaran-kemungkaran yang telah dilakukan, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

2. Merasai akibat dosa yang dilakukan.

Sesetangah kita tidak faham akibat dosa-dosa yang dilakukan boleh dilihat pada diri pelaku atau orang-orang di sekelilingnya, seperti ahli keluaraga. Contohnya, akibat minum arak, tubuhnya sakit, anak-anak dan isteri menderita dan rumah tangga musnah.

3. Jauhi persekitaran buruk yang membawa kepada maksiat.

Manusia amat mudah dipengaruhi persekitarannya. Jika selama ini kita hidup dalam suasana yang penuh maksiat, berhijrahlah ke tempat lain, atau beralihlah ke persekitaran yang lebih baik untuk merangsang amal kebaikkan.

4. Membaca dan menghayati ayat-ayat al-Quran.

Membaca satu huruf daripada al-Quran pun sudah mendapat pahala. Baca dan hayatilah pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam kitab suci ini. Insya-Allah ia dapat menyembuhkan jiwa yang sakit dan penuh dosa.

5. Berdoa.

Sedangkan para nabi pun berdoa agar diampuni dosa-dosa mereka. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang berdoa: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

6. Sedar akan keagungan Allah yang Maha Pencipta.

Jika anda merasakan dosa-dosa yang telah anada lakukan itu kecil, maka lihatlah keagungan Tuhan yang telah diderhakai!.

7. Mengingati mati yang dating tiba-tiba.

Fikirkan, sekiranya ditakdirkan menemui Tuhan setengah jam lagi atau esok hari, bagaimana nak jawab soalan-soalan yang bakal ditanya-Nya.

8. Memperingati diri dengan ayat al-Quran dan hadis berkaitan amaran kepada golongan yang melakukan dosa.

Apabila anda faham, sedar dan menginsafi diri, akan timbul rasa takut kepada janji Allah s.w.t. yang pasti akan dating. Tidak ada orang berdoasa yang terlepas daripada balasan-Nya. Maka segeralah bertaubat!

9. Membaca kisah-kisah mereka yang bertaubat.

Insya-Allah, anda juga mungkin terbuka hati untuk melakukan perkara yang sama.


Dari Majalah IMAN Bil No 6

Nabi Muhammad SAW – Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Pesanan: Kirimkan dan SHARE kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Aamiin…
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Hari ini dalam sejarah Ramadan

Tahukah anda ? 3 Ramadhan 11 H 

Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bongsu kesayangan baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam daripada pernikahan dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid telah meninggal dunia. 

Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum baginda SAW diangkat sebagai Rasul.

Saydatina Fatimah dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2 H,

Mereka menjalani kehidupan rumah tangga pada bulan Dzul Hijjah di tahun yang sama. Daripada pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain, Zainab, Ummi Kultsum dan Muhsin yang meninggal di saat kecil.

Semoga Allah meredhai amalan mereka dan mengganjari kita dengan semangat perjuangan mereka.

Sumber :
Kitab “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah

Wednesday, July 18, 2012

'Hamba yang paling dicintai Allah

"'Hamba yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia dan perbuatan yg paling mulia adalah menumbuhkan rasa kebahagian atau kesenangan dalam hati orang mukmin dengan cara menghilangkan kelaparan, menyelesaikan kesulitan atau membayar utangnnya" al-Hadis
"perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai. pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapayang dia kehendaki, dan Allah Maha luas , Maha Mengetahui (QS Al-Baqarah [2] : 261)
--- Cahaya di Atas Cahaya ----
Assalammu'alaykum wr wb
Alhamdulillahirabbil'alamin, segala puji hanya bagi Allah penggemgam alam semesta
Segala puji tak henti terucap pada Ilahi Robbi yang menggerakkan hati dan jiwa ini...
Alhamdulillah program "Yuk Mengaji Al Qur'an di Hati" di Lapas Wanita Tangerang bersama OSD, SOSD, dan Sahabat RQ, yang telah berjalan secara rutin sejak oktober 2011 setiap hari sabtu jam 8 s/d 10 pagi, hingga kini tak terasa telah berjalan selama 9 bulan..Oki mengucapkan banyak terimaksih utk para pengajar/pelaksana juga yg mengikuti pengajian ( semuanya ) , semoga Allah SWT membalas dengan segala kebaikan pula...amiin...اللّهُ sbaik2 pemberi balasan...
“Marhaban ya Ramadhan Marhaban fi syahril mubarok wa syahril maghfiroh. Barakallau lana walakum daaiman bijami’i khoir. Wal’awfu minkum”..khusus tuk Ramadhan OSD peduli ini, InsyaAllah akan ada buka puasa dan tarawih bersama, dan acaranya menjadi jam 17.00 – 21.00 WIB..BERGABUNG YUUK..
Jika ada yg ingin bergabung atau jadi donator bisa hub Winda Astiarini 0896 370 68 447
"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun." (HR. Tirmidzi)..
"Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga hal yaitu sodaqoh jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak (baik laki-laki maupun perempuan) yang mendoakannya." (HR. Muslim)
Dan untuk tgl 28 juli 2012, InsyaAllah para pengajar dari SOSD dan shabat RQ bermaksud mengadakan acara yang bertajuk "OSD Peduli" ..
Bentuk kegiatannya : buka puasa bersama OSD, SOSD, Sahabat RQ serta warga binaan dan pengurus Lapas QWanita Tangerang
Insya Allah akan ada acara baksos, pembagian tajil, tausyiah yang akan dibawakan oleh OSD dan shalat tarawih berjamaah di sana pula.
Bagi sahabat yang berkenan menyisihkan sebagian rezekinya untuk baksos dan pembagian tajil untuk warga binaan, dapat disalurkan melalui transfer ke Rekening BNI a.n winda Astiarini 0152752117 s.d 24 Juli 2012 (dg ketentuan minimal Rp.20.000, bgi yang sudah trf, harap konfirmasi dg format : TRF BUKBER LAPAS Jumlah TRasfer Nama Lengkap, contoh : TRF BUKBER LAPAS 20.000 Winda Astiarini, ke 0896 370 68 447, dan bukti transfer dapat dikirm k email sosdcentre@yahoo.com) atau dapat pula dengan menyumbangkan baju dan kerudung yang layak pakai, dan atau buku-buku yang 'bermanfaat'. untuk alamat pengiriman dapat konfirmasi ke penanggung jawab acara : Winda Astiarini 0896 370 68 447..
Uluran bantuan dari sahabat semuanya begitu berarti untuk mereka :-)
Sebelumnya Oki , SOSD, sahabat RQ, mengucapkan banyak terimaksih, Semoga sahabat semuanya diberikan nikmat rezeki yang berkah melimpah, karena hanyalah Allah sebaik-baik pengganti ^^
Jika sahabat berkenan hadir, dipersilahkan dengan senang hati :-) (sebelumnya harap konfirmasi ya ke PJ acara ^^)
Alamatnya : Lapas Wanita Kelas II A Tangerang, Jl. Moh. Yamin Tangerang

"Teruslah bergerak! Menebar manfaat!
Teruslah berbagi! Maka kau akan merasa berarti
Berikan materi bila memang itu yang kau miliki
Ajarkan ilmu tak perlu lagi menunggu
Curahkan perhatian, maka kau akan disayang

Berbagi tak pernah membuatmu rugi
Kau tak akan jatuh miskin, takkan menjadi bodoh tak juga merasa sepi
Karena materi akan diganti, ilmu akan bertambah dan perhatian yang kau beri akan kembali

Berbagilah... apapun bentuknya
Kau mendapatkan rahmat karena memancarkan manfaat
Kau akan menjalani hari dengan penuh semangat
Kehadiranmu akan selalu dinanti
Kau akan bahagia karena melihat orang lain bahagia
Jiwamu gembira, hidupmu akan bermakna
Kau akan terus menyinari seperti matahari

Ya Rabbi… jadikan kami manusia yang peduli, manusia yang penuh kasih
Jadikanlah kami khairunnas, yang terus berbagi dengan ikhlas…"

Malaikat Maut mengintai kita 70 Kali sehari


"Orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan sangat harum. -Imam Ghazali"

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
 

Tuesday, July 17, 2012

Makanan Sunnah Nabi...selamat beramal...



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

DOA NIAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA


Monday, July 16, 2012

HIMPUNAN DOA PELAJAR


SOLAT SUNAT DHUHA


Bencikan yahudi??...Hayati ayat ini..


Assalamualaikum...^^

Pernah seorang penguasa Yahudi berkata bahawa mereka tidak takut kepada umat Islam kecuali apabila bilangan umat Islam ysng solat Subuh brjemaah sama banyaknya dengan semasa solat Jumaat... wallahuaa'lam

Bencikan yahudi??...Hayati ayat ini..

Surah Al-Baqarah: 120

"Dan tidak sesekali Yahudi & Kristian akan meredhai kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara hidup (termasuk agama) mereka."

Bagaimana caranya untuk menjatuhkan Yahudi? Demonstrasi?? Boikot barangan Yahudi??...
Betul.. Cara itu betul..

Tapi ada lagi cara yang lebih berkesan dan patut kita utamakan. Iaitu:

*Elakkan pergaulan bebas.
*Bimbing mereka yang tidak menutup aurat supaya menutup aurat.
*Tinggalkan arak (khamr), zina dan judi yang haram disisi Islam.
*Tinggalkan hedonisme (egangan atau keseronokan atau kesenagan hidup. Dengan erti lain mereka mengamalkannya beranggapan bahawa kesengan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup)
*Tinggalkan setiap perkara bidaah dhalalah (yang keji) dan tinggalkan segala maksiat.

'conclusion'nye...Tinggalkanlah cara hidup Yahudi... Amalkan gaya hidup Islam...
InsyaAllah, kita akan memperoleh kemenangan.
Jangan kita hanya boikot barangan mereka saja....Boikot sekali cara hidup mereka yang sudah kita amalkan sejak sekian lama...

Sambungan surah Al-Baqarah ayat 120:

"Katakanlah kepada mereka (kaum kafir itu), sesungguhnya cukuplah bagi kami petunjuk daripada ALLAH (Al Quran). Tetapi, jika kamu (umat Islam) masih mahu mengikut mereka (kaum kafir itu) setelah datang kepada kamu (petunjuk dan peringatan), maka perbuatlah sedemikian, namun kamu tidak akan mendapati bantuan dan pertolongan ALLAH bagi kamu."

Nauzubillah....

Sekadar perkongsian dan renung-renungan...

Wallahuaa'lam~ =)

http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/

Ubah paradigma! | BILA ORANG NAK BERUBAH

Assalamualaikum...

Ubah paradigma!

Rasa menyampah bila sahabat kita ingin berubah. rasa dirinya bajet bagus, berlakon, dan hipokrit.

tahukah kau manusia bahawa Allah sndiri pernah bg statement dlm surah As Syams ''beruntung bagi siapa yang mensucikan hatinya, dan merugi bagi yang mengotorinya..?''

anda kau benci, jangan kau sinisi, kerana itulah fitrah manusia yg sebenar. kembali kepada Penciptanya. Jika benar bukan kita yg ingin berubah, jangan pula kita menghalang niat baik org lain.

Hipokrit..? bajet bagus..? apa kau kira bahawa kau adalah Tuhan untuk bg judgement siapa yg benar2 ikhlas mmbersihkan jiwa dan siapa yang tidak. itu bukan urusanmu. itu urusan antara dia dan Tuhanmu.

dan lupakah kau pada ikrar syaitan itu: ''Aku BENAR2 akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus!'' (7:16)

kepada yang sedang berada di dalam proses mengubah diri, percayalah, kau mungkin kehilangan mereka, tetapi kau masih ada segalanya kerana kau masih bersama Tuhanmu. Sumpah tak tipu mmg kita akan merasa asing, diasingkan dan disindir. percaya dengan kata Rasulmu “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim)

jd remaja yang luarbisa Ohsem dengan agama seperti yg dikatakan oleh saidina Ali. ''Allah suka kepada org tua yang bertaubat. tetapi Allah CINTA kepada org muda yang kembali pada Tuhannya.''

Tanya dirimu, tidakkah kau kepingin menjadi remaja yang Ohsem itu..? :') Sumpah kau beruntung!

kau punya redha Allah, kau punya segalanya ♥

Terima kasih atas perkongsian Fatin Adilah Jihad Umayrah ^_^

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...