Pages

Tuesday, February 28, 2012

Sepuluh pintu beri ruang syaitan menguasai manusia

ALLAH SWT berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (Surah an-Nisa, ayat 120-121). 

Ayat ini jelas menerangkan kepada manusia antara sikap jahat syaitan terhadap manusia iaitu membisik ke dalam hati kita angan-angan kosong seperti menyangka sudah memiliki pahala yang banyak menerusi amalan yang dilakukan lalu manusia pun berfikir ‘aku layak mendiami syurga’ tanpa perlu meningkatkan lagi amalan.
Punca mengapa manusia mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan ini ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada ketika kita sedar atau tidak, sebenarnya ia menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. 

Apabila syaitan sudah menjadi raja di dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. 

Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan merayap menguasai tunjang di dalam badan manusia. 

Pada ketika itu, syaitan berlumba-lumba untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati itu dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. 
Namun, beruntunglah manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu iaitu: 

  • Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca sikap ego manusia yang mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 
  • Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak (benar). 
  • Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23) 
  • Keempat – sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 
  • Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah selalu menasihati sahabat menjauhkan diri daripada menjadi golongan keempat ini kerana ia dibenci Allah 
  • Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu yang kering.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
  • Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua, orang yang berilmu dan imam (pemimpin) yang adil.” (Riwayat Muslim). 
  • Kelapan – melalui sifat ‘ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.” (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 
  • Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. 
  • Ke-10 - melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)

TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA..

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat; “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima Allah atau tidak? Jawabnya; “Ini adalah urusan Allah. Kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat padanya tanda-tanda, iaitu: Seseorang itu berasa seperti dosanya masih banyak dan belum terhakis walaupun sering kali memohon keampunan kepada Allah SWT. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang soleh daripada mendekati mereka yang fasik. Sedih kerana mengenangkan azab Allah atas segala dosa yang pernah dilakukannya dulu. Sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah dan sekalipun tidak khuatir dengan urusan hidup serta rezekinya yang sudah dijamin Allah SWT. Sentiasa melihat rezeki yang diperoleh sangat banyak walaupun dalam pandangan mata manusia ia sangat sedikit. Sentiasa merasakan bahawa amal ibadatnya terlalu sedikit biarpun banyak waktu dihabiskan kepada Allah SWT. Menjaga lidah dan pertuturan, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal. Jadi, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah serta memohon keredaan-Nya kerana hanya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang... Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.”(as Syura:25).

Monday, February 27, 2012

~~MuHaSaBaH DiRi~~


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan, tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah S.W.T selama lima belas minit, namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan), namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya, namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al – Quran, tetapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert, namun lebih senang berada di saf paling belakang sewaktu menunaikan solat ketika di Masjid.

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata – mata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu sehari semalam, namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al – Quran, namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar, namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al – Quran.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya, namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadap – Nya saat kumandang azan bergema.
JiKa aRy !n! aQ TeRLaLu GeMb!Ra SeDaRkaNLaH aQ DenGaN amaRan2 ALLAH JiKa aQ B'SediH TaNpa KaTa PjuKLaH aQ dGn T'BiaH p'C!pTa J!Ka aQ LeMaH TaK B'DaYa !nGaTkaNLaH aQ dGn K'HeBaTan SYURGA j!Ka PeRnaH atYmu T'Luka LuaHkanLah aGaR aQ b'uBah & J!Ka eS0k aQ LeNa Tak T'JGa !R!nG!LaH LeNaKu DgN KaLunGan D0a..B'JaNj!LaH UkHuWaH K!Ta TeTap UnTuK SeLaMaNya!!!!!!!!

Allah swt mempermudahkan 5 perkara untuk mereka yang menjaga solatnya:

1- Allah swt mempermudahkan rezeki untuknya. 2- Allah swt akan menyelamatkannya daripada azab kubur. 3- Allah swt akan mengarahkan Malaikat agar memberi buku Catatan Amalan melalui tangan kanan pada Hari Hisab. 4- Allah swt akan memberi keupayaan kepadanya melalui Titian Sirat sepantas kilat. 5- Allah swt akan membenarkannya memasuki Syurga Allah swt tanpa hisab. kredit: Fadhilat Amal

Di sini saya berkongsi 3 tip dan petua mudah bagi mengenali air minuman yang telah dicemari bisan santau,

1. Langkah pertama perhatikan permukaan air minuman, jika tiada pantulan bayangan anda serta kelihatan pucat dan kusam, anda perlu berhati-hati. Besar kemungkinan ia mengandungi bisa santau. 2. langkah kedua angkat sedikit gelas tersebut dan letakan jari anda pada bawah gelas bagi merasakan suhu air minuman anda pada bahgian bawah. Apabila santau di masukkan ke dalam air panas atau suam, suhu air tersebut bertukar menjadi sejuk pada bahagian dasarnya. 3. Jika anda merasakan suhu air ini berbeza, letakan ia kembali dan langkah seterusnya, gisikan rambut anda dengan jari telunjuk dan ibu jari, jika anda tidak mendengar bunyi gisikan tersebut adalah lebih baik anda angkat kaki tanpa menjamah makanan yang dihidangkan

10 perkara yang wajib kita lakukan setiap hari

1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur. 2- Menutup aurat. 3- Menyempurnakan wuduk. 4- Menunaikan solat tepat pada waktunya. 5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki. 6- Qanaah ( menerima apa yang ada ). 7- Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ). 8- Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT. 9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT. 10- Makan yang halal. Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.

TAFAKUR

KEJUJURAN seringkali menyakitkan Tapi KEBOHONGAN lebih menyakitkan saat diketahui DIBERI adalah saat yang membahagiakan dan MEMBERI adalah kebahagiaan yang sesungguhnya Banyak yang lebih takut ORANG MATI daripada takut dengan KEMATIAN itu sendiri BERHASIL menyikapi kegagalan lebih baik daripada GAGAL menyikapi keberhasilan...

Sunday, February 26, 2012

Hak jaga anak tak sah taraf

SAYA mempunyai anak luar nikah yang kini berusia 14 tahun. Saya tidak berbangga dengan dosa lalu tetapi amat tertekan kerana anak saya yang tidak berdosa menanggung kesukaran akibat dosa masa lampau saya.
Sebelum ada anak ini, saya langsung tidak mementingkan perkara dosa atau pahala. Saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A dan kerap keluar bersamanya. 
Dia seorang yang tidak beragama walaupun bapanya seorang yang dilahirkan Islam tetapi berkahwin dengan wanita Cina. Perkenalan kami amat singkat dan pernah terlanjur disebabkan sering mengikuti pesta ulang tahun kawan kami.

Apabila mendapat tahu saya mengandung, A memberi kata putus supaya menggugurkan kandungan atau dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

Perasaan berdosa menyelubungi saya sehingga saya mengambil keputusan terus mengandungkan bayi itu. Kami terputus hubungan sehinggalah saya melahirkan anak itu.

Saya membesarkan anak saya tanpa sebarang bantuan daripada A. Dia entah hilang ke mana dan apabila anak berumur empat tahun, saya berkahwin dengan seorang lelaki yang dapat menerima status saya serta anak.

Saya berasa amat bertuah kepada keluarga suami yang tidak sedikit pun mempertikaikan atau membezakan status anak saya. Kami bersama-sama membesarkan anak sehingga kini. Segala urusan persekolahan, perbelanjaan semua ditanggung suami.

Kini suami diarahkan berpindah kerja ke Australia. Sebagai ketua keluarga, dia menguruskan segala-galanya untuk saya. Anak serta dua lagi anak perkongsian hidup kami turut bersama ke sana.

Segala urusan berjalan lancar sehinggalah pihak imigresen Australia meminta surat terakhir hak penjagaan anak sulung saya. Kami mengambil peguam untuk menguruskan hal itu.

Sejak itu, anak sulung saya berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan ayah tirinya dan adik-beradiknya. Semua visa kami diluluskan, hanya visa anak saya itu saja masih tertangguh dan hanya diluluskan jika kami memberi surat hak penjagaan.

Dr Salam, jika perkara dibawa ke Mahkamah Syariah, adakah saya akan mendapat hak penjagaan ke atas anak saya itu? Saya tidak meminta hak nafkah ataupun apa-apa daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, cuma meminta hak penjagaan saja.

Peguam juga menjelaskan, surat penjagaan itu perlu jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, memudahkan saya menguruskan kemasukan sekolah di luar negara dan hospital.

Untuk pengetahuan Dr, dalam surat beranak anak saya tidak ada langsung keterangan bapa, hanya ada nama saya dan anak saya berbintikan Abdullah.

Saya harap Dr dapat membantu memberi jalan yang terbaik. Penghijrahan kami sekeluarga adalah untuk masa depan anak.

IBU BERDOSA,
Kuala Lumpur




MENURUT Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2001), penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara-mara ibu.

Dengan itu, puan boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah untuk permohonan mendapatkan surat penjagaaan anak secara rasmi.

Inilah jalan terbaik yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya menggunakan khidmat peguam kerana mereka me�ngetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan nanti.

Mengenai anak puan, dia perlu dibimbing sebaik mungkin dengan ajaran Islam termasuk soal akidah, syariah dan akhlak agar menjadi anak yang soleh.

Mungkin pengalaman puan diceritakan secara baik agar mendapat pengajaran berguna kepada anak puan memandangkan dia sudah memasuki alam remaja.

Sememangnya anak puan tidak bersalah dan tidak berdosa. Islam pula tidak membezakan kedudukan anak tidak sah taraf dengan anak yang lain.

Semua itu dilakukan bagi menjaga keturunan supaya tidak bercampur-aduk.

Rancang kahwin secara rahsia

SAYA berusia 31 tahun dan pernah kecewa beberapa kali dalam perhubungan dengan wanita. Kini saya menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 22 tahun yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam.
Dua daripada hubungan cinta saya sebelum ini berakhir kerana kecurangan kekasih saya. Akibatnya, saya menjadi trauma dan jika boleh hubungan kali ini dapat disatukan dengan ikatan perkahwinan. 
Teman wanita saya sekarang juga mempunyai masalahnya pada masa silam kerana pernah dipermain-mainkan lelaki lain malah hampir terlanjur dengan bekas kekasih lamanya.

Kami ingin membuang segala kisah lampau dan ingin memulakan hidup baru dengan perkahwinan dan merancang berkahwin pada pertengahan tahun depan.

Namun, ayah kekasih saya berpesan supaya menumpukan kepada pekerjaan dulu sebelum berkahwin. Kami berdua amat tertekan tambahan pula umur saya sudah 31 tahun.

Jika saya berkahwin empat tahun kemudian, saya risau menghadapi kesulitan menimang cahaya mata. Malah saya juga takut peristiwa malang berulang apabila bekas kekasih saya dulu dalam diam pernah menerima pinangan orang lain.

Akibat masalah yang menimpa, kami merancang berkahwin secara rahsia dan hanya memaklumkan keluarga selepas semuanya sudah stabil.

Niat kami sebenarnya adalah untuk saling memperteguhkan pendirian dan mengelak daripada melakukan maksiat. Patutkah kami teruskan dengan berkahwin secara rahsia?

HAKEEM,
Kuala Lumpur.



SEBOLEH-BOLEHNYA perkahwinan dipercepatkan sekiranya mampu. Rasulullah s.a.w menasihatkan pemuda supaya menyegerakan perkahwinan. Ini kerana perkahwinan dapat menjaga maruah diri dan memupuk rasa bertanggungjawab.

Memandangkan anda berdua sudah sepakat dalam soal penting ini, ada baiknya untuk anda atau wakil menyatakan hasrat kepada keluarga teman wanita dengan seberapa segera.

Mungkin dengan perbincangan secara baik akan membuka hati ibu bapa teman wanita anda untuk melangsungkan pernikahan anda nanti.

Dengan kedudukan anda yang sudah mempunyai pendapatan pastinya mereka akan bersetuju. Dengan berbuat demikian, anda berdua tidak perlu merancang untuk berkahwin secara rahsia.

Perkahwinan secara rahsia seperti di sempadan tidak digalakkan kerana boleh menimbulkan masalah kemudian hari. Dengan itu ia baik dielakkan sedapat mungkin.

Belum sedia tampil bertudung

SAYA wanita berumur 21 tahun. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak lagi memakai tudung dan menunaikan solat. Saya ingin bertaubat, tetapi akibat pengaruh rakan dan fesyen semasa membuatkan saya tidak dapat meneruskan niat itu.
Dahulunya saya seorang yang gemar bersosial ber�sama teman lelaki dan perempuan hingga lewat malam dan berpakaian seksi. Saya takut Allah tidak mengampunkan dosa malah pernah terlanjur beberapa kali. 
Saya hanya mampu menunaikan solat, tetapi tidak memakai tudung ke tempat kerja kerana belum bersedia melakukan perubahan diri secara mendadak.

Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?

GADIS KELIRU,
Johor 


SOLAT tetap sah apabila ditunaikan menurut rukun dan syaratnya. Islam melihat solat lima waktu sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah.

Solat itu tiang agama. Orang Islam yang meninggalkan solat dilihat seperti meruntuhkan agama. Solat juga dapat mencegah seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar seperti zina dan pergaulan bebas.

Memakai tudung pula sebahagian ajaran Islam bagi mana-mana wanita Islam yang ingin keluar rumah atau bekerja. Memakai tudung dapat menutup aurat atau kecantikan seseorang yang perlu dijaga daripada bukan mahram.

Ia ibarat menjaga barang yang berharga dan ia sudah tentu dijaga rapi. Dengan sebab itu saudari dinasihatkan berubah demi menjaga maruah dan kecantikan diri.

Janganlah kata-kata teman dan rasa malu atau ego menghalang kita daripada menjalankan suruhan Allah. Kita hendaklah belajar untuk tunduk kepada perintah-Nya.

Seterusnya, kita perlu berubah daripada sifat dan perbuatan yang tidak baik kepada yang baik dan mulia. Sememang ia sangat sukar, tetapi membawa kebaikan untuk diri sendiri.

Pergaulan dengan teman yang baik dapat mengubah diri menjadi baik. Meneruskan pergaulan dengan teman liar tidak dapat menolong melakukan perubahan diri.

Bekas isteri tidak benar ibu jaga anak

APAKAH hak seorang ayah untuk anaknya? Berikut pesanan SMS daripada bekas isteri saya apabila ibu mahu menjaga seketika cucunya:
“Orang takut awak tak bagi lagi... pada orang! Sorry. Orang bukan tak bagi jumpa tapi orang takut orang tak dapat jaga... dan kena naik turun mahkamah.” 
Kisahnya bermula selepas saya bercerai dengan bekas isteri pada pertengahan tahun ini. Saya ada tiga anak. Sebelum perceraian anak sulung dan bongsu dibesarkan ibu mentua.

Anak kedua pula di bawah jagaan ibu saya. Itu adalah atas permintaan ibu mentua kerana tidak larat menjaga ketiga-tiga sekali. Ibu saya menjaga abang hampir setahun.

Selepas perceraian disahkan, bekas isteri datang ke kampung dan terus membawa anak itu di depan ibu saya yang menangis teresak-esak tanpa belas kasihan.

Ibu saya mohon untuk menjaga walaupun hanya semalam, tetapi tidak diendahkan dan akhirnya ibu saya mengalah. Ibu saya terpaksa lepaskan juga.

Selepas itu, ibu sering menangis seorang diri, tidur dengan baju anak saya kerana terlalu merindui cucunya. Setelah beberapa bulan barulah ibu kembali seperti biasa.

Bagaimanapun, setiap kali saya tunjukkan gambar atau video terbaru anak kedua pasti ibu akan menangis. Sehinggalah ibu saya mahu datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ibu tinggal di rumah saya selama seminggu. Jadi saya mohon bekas isteri membawanya ke Kuala Lumpur untuk dijaga ibu selama seminggu.

Saya dan ibu akan hantarnya semula ke Melaka selepas seminggu, tetapi itulah mesej yang saya terima daripada isteri setelah hampir enam bulan ibu saya tidak berjumpa dengan cucunya.

Bekas isteri saya sekarang bekerja di Kuala Lumpur dan ketiga-tiga anak di bawah jagaan ibu mentua. Isteri saya tidak mempunyai masa untuk menjaga anak kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Saya minta jaga seorang pun tidak dibenarkan walaupun mampu untuk menjaga mereka di Kuala Lumpur. Buat pengetahuan Dr, Saya tidak dibenarkan membawa anak keluar dari Melaka.

Setiap bulan saya hanya dibenarkan datang ke Melaka untuk memberi nafkah anak. Saya hanya boleh bawa anak saya keluar di Melaka dengan ditemani ahli keluarganya.

Demi anak saya sanggup terima apa saja tohmahan daripada keluarganya. Saya tebalkan muka datang ke sana untuk melihat anak. Pernah saya datang pintu hadapan dikunci.

Dr, saya tahu setiap orang pasti ada melakukan kesilapan tapi apa salah ibu saya yang hanya merindui cucunya? Harap Dr dapat memberikan pendapat dan bimbingan.

ZUL,
Pahang



SECARA umumnya Islam memberi hak kepada ibu untuk menjaga anak kecil ketika dalam perkahwinan dan selepas perkahwinan dibubarkan.

Ia sesuai dengan perasaan dan fitrah seorang ibu yang dapat menjaga kebajikan anak itu. Bagaimanapun, ibu akan hilang hak penjagaan apabila berkahwin lain, berkelakuan buruk secara keterlaluan, menganiayai anak dan menjadi murtad.

Maka penjagaan anak diberikan mengikut susunan keutamaan iaitu (1) nenek sebelah ibu, (2) bapa, (3) nenek sebelah bapa dan seterusnya.

Hak penjagaan (hadanah) oleh ibu atau nenek sebelah ibu tamat selepas anak
berusia tujuh tahun bagi anak itu lelaki dan sembilan tahun bagi anak perempuan.

Selepas tamat hak hadanah itu, penjagaan adalah turun kepada bapa anak berkenaan. Kanak-�kanak juga dibenarkan memilih untuk tinggal dengan ibu atau bapa setelah mencapai umur mumaiyyiz.

Dengan itu, saudara diharapkan dapat menerima ketetapan ini demi kebajikan anak. Bawalah bersabar dan tunaikan segala tang�gungjawab seperti nafkah anak.

Saudara hendaklah bekerjasama dengan ibu mentua, bekas isteri dan keluarga yang lain. Saudara juga hendaklah sedapat mungkin mengelak daripada berselisih dan bergaduh dalam masa itu.

Nafkah isteri nusyuz

BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam?
Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Boleh�kah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian? 
Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan atas nama isterinya, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami?

ADIBAH,


Kuala Lumpur 



NUSYUZ bermaksud derhaka iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain:

1) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya.

2) Meninggalkan rumah suaminya.

3) Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah me�ngikut Hukum Syarak.” (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)

Sekiranya perkara itu berlaku, suami hendaklah terlebih dulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul de�ngan berpada. (Surah n-Nisa’, ayat 34).

Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan.

Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti mutaah, pembahagian harta sepen��carian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak.

Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta.

Kesalahan berat menyerupai zina

SAYA seorang wanita dan pernah melakukan perbuatan tidak bermoral bersama dengan pasangan iaitu seorang wanita juga. Adakah ia tergolong sebagai perbuatan zina sedangkan dia bukan seorang lelaki.
Definisi zina merujuk kepada perlakuan seorang lelaki dan perempuan yang melakukan hubungan seksual. Namun sekarang, alhamdulillah saya sudah meninggalkan perbuatan terkutuk saya pernah lakukan dulu dan ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya. 
FARAHANI,
Perak 

ANTARA definisi zina ialah ‘menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syub�hah.’ Menurut Dr Faizah Haji Ismail (1996: 175), perhubungan jenis sesama lelaki atau sesama perempuan tidak dikategorikan sebagai zina.

Bagaimanapun, kedua-dua perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar dan boleh dihukum takzir. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka keduanya sudah berzina.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Perbuatan itu adalah kesalahan berat sehingga menyerupai perbuatan zina.
Tiada pilihan lain selain bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran yang pernah dilakukan itu.

Bertaubat di sini ialah kembali taat kepada perintah Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Anda boleh menunaikan solat sunat taubat dengan niat: “Sengaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Mandi wajib bersalin

SELEPAS berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang?
ATHIRAH,
Sabah

ANTARA sebab mandi wajib bagi wanita ialah keluar haid, bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26). 
Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati oleh semua di mana syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, maz�hab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.

Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.

Anjing kencing depan rumah

SAYA ingin kepastian berkenaan kencing anjing liar yang berada di hadapan rumah saya. Saya terlupa membersihkannya dan keesokan harinya ia hilang selepas terkena air hujan.
Adakah saya tetap perlu menyamak kawasan yang terkena najis itu? Sekiranya saya was-was jika sebelum ini pernah terpijak air kencing itu, perlukah saya menyamak lagi kaki dan kasut yang saya gunakan sedangkan ia sudah lama?
Atau ada cara yang lebih mudah untuk mengelakkan perasaan was-was sebegitu?

NASEHAH,
Sabah

SECARA umumnya, mana-mana kawasan halaman rumah yang terkena kencing anjing liar dikira suci apabila tersiram dengan air hujan. Lebih-lebih lagi apabila najisnya sudah tiada.

Dengan itu anda tidak perlu menyamak kawasan berkenaan. Terdapat riwayat daripada Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa ada seorang badwi terkencing dalam masjid.

Rasulullah s.a.w hanya mengarahkan supaya disiram air untuk membersihkannya. Menurut Rasulullah s.a.w ajaran Islam datang untuk memudahkan dan bukan untuk menyusahkan (Sabiq 2000: I: 20).

Suruhan itu adalah untuk memudahkan orang Islam dalam membersihkan sesuatu kawasan dan anda tidak perlu was-was de�ngan kebersihan kawasan rumah anda tersebut.

Cara betul untuk berzakat

BOLEHKAH kita memberi sedekah ke masjid atau orang fakir miskin dengan niat untuk berzakat?

AHMAD,
Kuala Lumpur
SETIAP orang Islam wajib mengeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Zakat terbahagi dua, iaitu zakat diri atau zakat fitrah dan zakat harta. 
Termasuk dalam zakat harta ialah hasil pertanian berupa bijian dan buahan tertentu, barang perniagaan, emas dan perak, wang ringgit, binatang ternakan yang tertentu, barang galian, harta tersimpan (rikaz) dan harta rampasan.

Ia dikeluarkan apabila cukup syarat-syarat yang dikenakan zakat. Golongan yang berhak menerima zakat terdiri daripada lapan golongan (asnaf), iaitu (1) fakir (2) miskin (3) amil (4) muallaf (orang yang dijinakkan hatinya kepada Islam) (5) hamba sahaya (riqab) (6) orang yang berhutang (gharimin) (7) orang yang berperang fisabilillah dan (8) perantau (ibnu al-sabil).

Ia seperti yang dinyatakan dalam surah al-Tawbah, ayat 60. Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya sedekah (zakat) itu, untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat, orang-orang muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan hamba (budak), orang yang berhutang pada jalan Allah dan untuk orang musafir sebagai satu keperluan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dengan itu saudara hendak�lah mengeluarkan zakat kepada golongan di atas saja, contohnya orang fakir atau miskin. Bagaimanapun, memberi sedekah hanya ke masjid dengan berniat zakat tidak memenuhi syarat kerana tidak tahu sama ada ia sampai kepada golongan yang berhak menerima zakat atau tidak.

Saudara dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di negeri tempat tinggal seperti PPZ Wilayah Persekutuan dalam soal zakat berkenaan.
Mereka akan memberi nasihat yang sewajarnya. Lagi�pun, sekarang zakat dapat dikeluarkan secara mudah melalui skim poto�ngan gaji, bayaran terus di PPZ, di bank dan pejabat pos supaya zakat dapat diagih�kan secara teratur dan baik dan sampai kepada golongan sasaran.

Banyak ruang lakukan solat dhuha

SAYA teringin hendak lakukan solat dhuha tetapi saya bekerja pada waktu pejabat dan tiada ruang untuk saya lakukannya. Setahu saya solat dhuha dilakukan di antara jam 8 hingga 11 pagi.
Bolehkah saya lakukan solat dhuha pada waktu lain? 
NAIM,
Johor
 

SOLAT dhuha adalah salah satu solat sunat. Ia boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat atau sebanyak empat hingga lapan rakaat. Waktu bermula dari naik matahari setinggi galah, iaitu sekitar setengah jam selepas matahari terbit sehingga seketika sebelum matahari gelincir, iaitu sekitar 10 minit sebelum masuk waktu zohor.

Paling afdal untuk dilaksanakan ialah apabila matahari sudah meninggi dan bahang panasnya terasa. Memandangkan waktunya cukup panjang, saya berasa saudara tidak bermasalah untuk mengerjakan solat dhuha ketika bekerja.

Peruntukan masa lebih kurang 10 minit untuk menunaikannya dengan mencari masa sesuai, contohnya waktu rehat pada pukul 10 pagi atau sebagainya.

Solat dengan beg kolostomi

IBU saya selalu was-was sama ada solatnya sah atau tidak? Baru-baru ini ibu saya disahkan menghidap kanser usus tahap empat.
Doktor terpaksa menebuk perut ibu saya untuk mengalihkan saluran najis
ke perut, dan sekarang ibu saya terpaksa memakai beg najis.

Adakah sah solat ibu saya jika ada najis atau kentut yang terkeluar ketika dia menunaikan solat kerana kadang-kadang najis atau angin (kentut) itu keluar tanpa sedar dan hanya disedari selepas solat. 
SUE,
Kuala Lumpur


APABILA seseorang itu dalam keadaan sakit, Islam memberi beberapa kelonggaran (rukhsah) seperti solat dibenarkan secara duduk, berbaring dan mengiring.
Apa yang diutamakan ialah menunai kewajipan solat mengikut kemampuan yang ada. Begitu juga de�ngan ibu puan yang terpaksa memakai beg najis atau dipanggil beg kolostomi.

Ini kerana timbul persoalan sama ada wuduk terbatal apabila najis keluar tanpa boleh dikawal dalam beg kolostomi dan perlukah ia dibersihkan terlebih dulu sebelum solat atau tidak?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 mengenai hukum pelaksanaan ibadah bagi pesakit yang menggunakan beg kolostomi memutuskan seperti berikut:

1. Pesakit yang menggunakan beg kolostami dikategorikan sebagai mereka yang mengalami masalah darurat dan tidak dianggap sebagai menanggung najis.

Oleh itu, mereka tidak perlu mengosong atau membersihkan beg kolostomi setiap kali berwuduk atau menunaikan solat.

2. Wuduk yang diambil oleh pesakit harus digunakan untuk melaksanakan semua ibadah termasuk menunai�kan solat fardu sehingga wuduk itu terbatal. (JAKIM 2009; http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/
hukum-pelaksanaan-ibadah-bagi-pesakit-yang-menggunakan-beg-kolostomi).

Elak gangguan dalam solat

APAKAH hukum membawa gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit ketika menunaikan solat?

HAMBA ALLAH,
Melaka
GAMBAR dan video lucah adalah haram kerana mendedahkan aurat dan menonton adegan orang lain melakukan jimak. Ia pula boleh mendorong penonton meniru dan melakukan jenayah zina dan rogol. 
Begitu juga menyimpan gambar dan video lucah juga haram. Ia sepatutnya dibuang dan dihilangkan kerana semuanya termasuk dalam perkara maksiat.

Tindakan membuangnya mendapat pahala kerana menghilangkan perkara maksiat. Membawa gambar dan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit ketika menunaikan solat pula mempunyai banyak implikasi, antaranya ia dapat mengganggu tumpuan dalam solat.

Tujuan solat adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada-Nya. Solat juga adalah suruhan Allah yang dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara jahat dan mungkar.

Kemudahan teknologi sepatutnya digunakan sebaik mungkin dan bukan untuk tujuan maksiat. Mudah-mudahan solat yang didirikan dapat membangunkan diri seseorang supaya menjadi hamba Allah yang baik dan terhindar daripada maksiat.

Hukum solat itu tetap sah jika cukup rukun dan syaratnya.

Jatuh talak jika dilafazkan

SEORANG kawan saya berkahwin dengan pasa�ngannya atas pilihan keluarga. Beliau ada menyatakan perasaan curiga terhadap isterinya kepada saya kerana merasakan isterinya curang dengan lelaki lain di belakang.
Baru-baru ini, isterinya bekerja di luar daerah bersama seorang rakan setugas lelaki. Tanpa pengetahuan isterinya, rakan saya pergi ke hotel tempat penginapan isterinya untuk membuat kejutan. 
Dia menangkap sendiri isterinya sedang bermadu asmara dengan lelaki lain
di dalam bilik hotel itu. Sebelum ini, dia pernah memberitahu akan menceraikan isterinya sekiranya terdapat bukti. 
Adakah jatuh talak sekiranya seorang suami menyampaikan hasrat ingin menceraikan isterinya kepada kawan baiknya?
OMAR,
Kedah



SUAMI yang membiarkan isteri dan anak terjebak dalam maksiat dan dosa tanpa berusaha untuk membaiki dan mengubahnya dikenali sebagai dayus (Arab, dayyuth).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golo�ngan yang Allah tidak akan memandang mereka di hari kiamat nanti, iaitu penderhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus.” (Ahmad dan al-Nasa’i)
Dalam kes di atas, suami tidak termasuk dalam kategori dayus kerana melakukan tindakan dalam menyekat isteri daripada melakukan maksiat.

Jatuh atau tidak talak apabila kejahatan isteri dapat dibuktikan, talak masih tidak jatuh memandangkan ia tidak dilafazkan. Apa yang dikatakan suami perempuan itu hanya niat atau ranca�ngan semata-mata sahaja dan tidak dikira sekiranya tidak dilafazkan kepada isteri ketika kejadian atau terdapat saksi bahawa lafaz talak dilafazkan.

Hindari wanita bukan mahram

AYAH saya bekerja sebagai tukang urut. Terdapat sebilangan pelanggannya adalah wanita meskipun niat ayah untuk merawat orang yang sakit seperti tugas seorang doktor.
Dalam Islam, niat tidak menghalalkan cara. Saya ragu-ragu, adakah halal rezeki yang diperoleh? Jika tidak, apa yang boleh saya lakukan kerana itu satu-satunya mata pencarian keluarga. 
INGIN TAHU,
Johor
 

PERHUBUNGAN antara lelaki dan perempuan bukan mahram ada had tertentu dalam Islam. Umumnya lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan sama ada bersalaman, urutan dan sebagainya.

Ini kerana perbuatan itu dapat menimbulkan fitnah dan rangsangan seksual. Tujuan Islam dan syariah untuk menjaga kehormatan dan maruah diri daripada tercemar.

Umumnya, wanita itu haram disentuh kecuali apabila sudah menjadi isteri. Dalam menggambarkan betapa beratnya larangan ini, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu menusuk kepalanya dengan jarum besi lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” (al-Tabrani dan al-Baihaqi)

Bagaimanapun, ia berbeza sekiranya berada keadaan terdesak atau darurat seperti tiada tukang urut lain atau kesakitan yang amat sangat.

Dalam keadaan itu, bersentuhan dibenarkan setakat keperluan saja. Maka ada baiknya ayah anda tidak menerima pesakit wanita kecuali keadaan terpaksa saja.
Ini bagi menjaga aurat de�ngan wanita bukan mahram seperti yang diajar Islam. Seterusnya, ayah anda juga perlu memastikan bahawa pesakit wanita ditemani mahram dan urutan hendaklah berlapik sekiranya perlu. 

Suami terpikat dengan janda

SAYA berusia 31 tahun dan suami saya 41 tahun. Kami berkahwin tujuh tahun lalu dan sehingga kini masih belum dikurniakan anak.
Tahun lalu suami saya kenal seorang janda bukan beragama Islam yang mempunyai dua anak. 
Suami saya ada menyatakan hasrat hendak berkahwin dengan janda itu jika saya terus tidak dapat melahirkan zuriat. Masalahnya, suami saya bukanlah seorang yang taat kepada perintah Allah. Dia tidak solat dan nafkah yang diberi pun tidak mencukupi, malah kadang-kadang tidak memberi nafkah kepada saya.

Saya kecil hati kerana dia memberikan duit kepada perempuan itu tetapi apabila saya minta duit belanja, dia sering kali memberi alasan.

Kadang-kadang saya berhutang dengan rakan sebab hendak bayar bil dan perbelanjaan lain.

Sejak berkawan dengan janda itu, suami sering membanding�kan tubuh saya dengannya. Saya pernah menasihatinya supaya tidak lagi berhubung dengan janda itu melalui telefon atau SMS tetapi dia tetap terus menghubunginya.

Saya rasa dikhianati dan berfikir lebih baik kami bercerai saja. Saya tahu besar pahalanya jika mengizinkan suami berkahwin lagi dan membantu wanita itu memeluk Islam.

Saya ada berpesan kepadanya jika hubungan yang bermula dengan membohongi isteri pasti ia tidak diredai Allah.

Bolehkah saya menghalang jika dia bertekad untuk meneruskan pernikahan itu atau patutkah saya meminta cerai kerana kami sering bergaduh kebelakangan ini?

Seperkara lagi yang membuatkan saya terlalu tertekan apabila suami sering mengatakan sekiranya saya solat, puasa atau melakukan ibadat lain sekalipun, belum tentu masuk syurga kerana dia mengatakan saya tidak taat kepada perintahnya.

Malah dia turut cakap saya tidak pandai mengemas rumah. Saya takut Allah tidak menerima amalan saya sebab suami tidak suka pada perbuatan saya. Bantulah saya Dr.

NADIA,
Kuala Lumpur



SEMEMANGNYA setiap pasangan yang berkahwin ingin menimang cahaya mata. Biasanya pasangan akan dikurniakan cahaya mata selepas setahun perkahwinan mereka sekiranya tiada aral.

Bagi pasangan yang lewat mendapat cahaya mata, boleh�lah diperiksa tahap kesihatan masing-masing di klinik atau hospital. Tentu ada cara yang boleh dilakukan sedapat mungkin.

Walau bagaimanapun, sekiranya masih belum dikurniakan zuriat, hendaklah menerima ketentuan Allah s.w.t di samping terus berusaha dan berdoa.

Setiap orang ada cubaan masing-masing daripada Allah. Mereka mungkin dapat mengambil anak angkat atau sebagainya. Begitu juga dengan alam rumah tangga dan hubu�ngan dengan pasangan.

Kadang-kadang setiap pasangan menerima ujian dengan anak atau cabaran luaran seperti yang berlaku kepada puan. Begitu juga dengan tabiat dan akhlak suami yang dikira kurang bertanggungjawab terhadap isteri.

Semuanya membabitkan dugaan dan cubaan dalam menempuh alam rumah tangga. Mungkin puan perlu memahami kehendak suami dalam hal berkenaan terutama keinginannya untuk mendapat cahaya mata selepas sekian lama berumah tangga.

Reda suami berkahwin mungkin keputusan yang terbaik dalam soal ini. Jangan terlalu mengongkong suami sehingga dia memilih jalan yang salah dan berlawanan dengan undang-undang negara seperti bernikah di negara jiran.

Suami puan perlu menyedari pentingnya penghayatan Islam terutama untuk diri sendiri dan membimbing anak serta isteri. Dia perlu berubah menjadi suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan isteri.

Ingatlah bahawa keluarga yang dibiarkan begitu tanpa jagaan hanya mendatangkan mudarat kepada semua. Mengenai permohonan cerai daripada suami, saya berpendapat ia masih terlalu awal kerana rumah tangga yang dibina masih lagi baru dan ia boleh diperbaiki.

Setiap pasangan hendaklah berusaha membawa kebaha�giaan kepada pasangan masing-masing. Dengan itu terbentuknya keluarga bahagia dan sakinah.

Allah menilai semua itu dan akan memberi ganjaran yang banyak. Islam membenci perceraian kerana menghancurkan ikatan pernikahan yang terbina. Ketaatan kepada suami pula adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

Suami adalah pemimpin kepada isteri. Kepatuhan dan ketaatan diperlukan dalam menjaga hubungan baik di antara pemimpin dan yang dipimpin.

Bagaimanapun, sekiranya suami mengarahkan perkara yang dilarang Islam, suruhan sedemikian tidak perlu dilakukan malah boleh membantahnya.

Isteri enggan mengandung lagi

ISTERI saya berusia 38 tahun dan kami sudah dikurniakan empat anak dan kini isteri sedang hamil anak kelima. Isteri pernah mengadu kepada saya dia tidak mahu lagi mengandung selepas ini.
Bolehkah di dalam Islam isteri mengikat saluran peranakan bagi mengelaknya daripada mengandung lagi? 
JALIL,
Kuala Lumpur
 

ISLAM membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu, antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan bahagian rahim.

Menjarakkan kehamilan dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu iaitu biasanya antara dua tahun. Mengikat saluran peranakan (tiub fallopio) menerusi kaedah `tubal ligation’ pula juga dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor Muslim.

Ia ada kemungkinan mendatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang.
Sebaiknya, berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara berkaitan.

Bagaimana waris terhalang terima pusaka

ADAKAH benar seorang cucu yang kematian bapanya tidak berhak mendapat harta pusaka datuknya atas alasan bapanya meninggal dunia terlebih dahulu sebelum datuknya meninggal.

Untuk makluman Dr, arwah bapa mempunyai 10 orang adik-beradik.

FARHAN,
Johor

HARTA pusaka datuk tidak dapat diwarisi oleh cucu disebabkan kematian bapa sebelum datuknya meninggal dunia kerana masih ada waris-waris yang lebih berhak menerima iaitu anak-anak datuk yang masih hidup.

Maka dengan itu, cucu datuk itu dikenali sebagai waris terhalang. Mereka tidak dapat mempusakai harta kerana sebab-sebab tertentu seperti di atas.

Bagaimanapun, terdapat peruntukan yang membenarkan seorang cucu menerima pusaka datuk walaupun ayahnya sudah meninggal sebelum datuknya.

Ia disebut sebagai wasiat wajibah dan hanya diberi kepada cucu-cucu saja. Kadar wasiat ialah tidak melebihi 1/3 mengikut kadar wasiat. Apabila ia berkurangan, seorang cucu boleh mendapat bahagian yang diperuntukkan untuk anak lelaki.

Dengan adanya peruntukan itu seorang cucu boleh mendapat bahagiannya. (Lihat artikel, “Wasiat Wajibah - Membantu waris terhalang,” http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2004&dt=1001& pub=Utusan-Malaysia
& sec=BicaraAgama&pg =ba_01.htm) 

Pakai selipar tandas dalam rumah

IBU dan ayah mentua suka memakai selipar di dalam rumah. Saya perasan selipar yang digunakan itu turut digunakan untuk ke tandas dan keluar rumah.
Jadi, saya sangat sangsi �kebersihan selipar yang dipijak ke lantai di dalam rumah dan bilik. 
Saya juga berasa was was dengan tempat saya bersolat kerana berkemungkinan besar selipar itu kotor kerana sering di bawa ke merata tempat. Apa yang perlu saya lakukan?

ILA,
Perak 


PERKARA ini dapat diselesaikan secara baik dengan memberikan mereka tiga jenis selipar yang sesuai, iaitu (1) selipar luar rumah (2) selipar dalam rumah dan (3) selipar tandas. Dengan itu soal kebersihan dapat dijaga sebaik mungkin dan rasa was-was anda dapat dihilangkan.

Apa yang berlaku kadang-kadang membabitkan tabiat dan adat yang sudah lama berjalan. Lakukan perubahan secara beransur-ansur dan bawa berbincang secara baik dan berhikmah. Saya berasakan anda mampu mengubah keadaan yang ada sebaiknya.

Elak mimpi buruk

APAKAH cara terbaik bagi mengelak didatangi mimpi buruk? Sesetengah daripada kita sering mengamalkan bacaan ayat daripada surah tiga Qul atau ayat Kursi tetapi masih lagi mengalami mimpi yang menakutkan.
NUR SAIDAH,
Selangor

MIMPI adalah sebahagian tanda kewujudan alam ghaib. Terdapat beberapa kategori mimpi iaitu mimpi benar (al-ru’yah al-sadiqah), mimpi berpunca daripada syaitan contohnya mimpi buruk dan mimpi biasa sebagai mainan tidur. 
Rasulullah mengajar supaya diubah posisi tidur secara bertentangan, meludah tiga kali ke arah kiri, memohon perlindungan Allah, bangkit bersolat sunat dan mengelak daripada memberitahu orang lain.

Mimpi kadangkala jelas dan simbolik. Bagi yang jelas, ia tidak perlu tafsiran seperti berjumpa dengan Rasulullah. Mimpi simbolik pula memerlukan tafsiran daripada orang yang ahli.

Mimpi biasa tidak perlu ditafsirkan atau diambil berat. Ulama Islam juga banyak menulis buku tafsiran mimpi seperti Ibnu Sirin.

Nenek terkilan cucu diambil

MERUJUK Harian Metro pada 30 Disember 2011, kelayakan penjagaan anak jatuh kepada ibu apabila berlaku perceraian. Bagaimanapun ibu akan hilang hak penjagaan apabila berkahwin lain, berkelakuan buruk secara keterlaluan, menganiayai anak dan murtad.
Hak penjagaan anak jatuh pada: 
1. Nenek sebelah ibu,
2. Bapa
3. Nenek sebelah bapa.

Bagi kes saya, anak perempuan saya meninggal dunia selepas melahirkan anak lelaki sulungnya. Lebih setahun saya menjaga cucu dan selepas itu bekas menantu saya berkahwin dan membawa cucu saya bersamanya.

Untuk pengetahuan Dr, arwah adalah satu-satunya anak perempuan saya dan itu jugalah satu-satunya cucu yang saya masih ada. Saya ingin bertanya apakah kelayakan saya sebagai nenek sebelah ibu pada anak (cucu) itu?

NENEK,
Kuala Lumpur



ISLAM amat menitikberatkan penjagaan anak (hadanah) untuk kebaikan mereka terutama kasih sayang dan pendidikan sempurna. Islam sudah menggariskan hak penjagaan seperti di atas.

Puan lebih layak menjaga cucu itu berbanding dengan bapa sehingga anak itu mencapai umur tujuh atau sembilan tahun. Setelah itu, bapa boleh mengambil anaknya dengan diberi pilihan kepada anak itu.

Tidak salah untuk berbincang dengan menantu untuk kebaikan bersama. Dengan kata lain, bawalah berbincang secara baik dan terangkan kesediaan puan untuk menjaga cucu.

Dilema mengaku diri dinoda

SAYA pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan kini menunggu keputusan peperiksaan. Saya menjalin hubungan dengan kekasih selama tiga tahun.
Sepanjang perhubungan, kami pernah terlanjur. Sekarang saya sedar dan tidak mahu terus lakukan dosa. Saya bimbang tidak sempat bertaubat. 
Adakah saya harus memberitahu perkara itu kepada ibu bapa atau menunggu masa yang sesuai untuk kami berkahwin secara baik? Dalam menuju tempoh yang sesuai itu mungkin memakan masa panjang kerana kami masih belajar dan belum bekerja.

Apa yang harus saya lakukan Dr?

BUNTU,
Terengganu



IBU bapa adalah pelindung dan tempat berteduh bagi anak-anak. Ibu bapa juga
adalah tempat terbaik mengadu segala masalah.

Mereka sentiasa ingin mendidik dan membantu anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Tidak salah untuk menceritakan keadaan sebenar kepada ibu bapa sepenuhnya walaupun Islam mengajar supaya tidak mendedah aib sendiri.

Dengan berbuat demikian, mereka tentu dapat mencari jalan keluar bagi membantu anda sebagai anak.

Seterusnya dosa zina jangan diulangi dan bertaubat kepada Allah.

Berdoa kepada Allah supaya Dia melindungi anda daripada terjebak lagi dengan dosa zina dan apa-apa saja yang membawa kepada dosa itu.

Elakkan daripada berjumpa dengan teman lelaki secara berseorangan.

Itulah yang sebaiknya dilakukan sekarang.

Makruh guna telefon bimbit ketika khutbah Jumaat

APAKAH hukum menggunakan telefon bimbit ketika khutbah Jumaat. Persoalan ini timbul kerana sejak kebelakangan ini saya perhatikan ramai jemaah leka menggunakan telefon bimbit.
Memang tiada perbualan, tetapi nampaknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan daripada menumpukan perhatian kepada isi kandungan khutbah. 
FIZIE,
Selangor
 

KHUTBAH Jumaat berperanan untuk mengingatkan masyarakat Islam terutama kaum lelaki kepada Allah dan ajaran Islam yang disampaikan khatib setiap minggu.

Bagaimanapun, keadaan masyarakat yang makin sibuk dengan tarikan duniawi dan langit terbuka (globalisasi) menyebabkan mereka alpa untuk menghayati isi khutbah itu sendiri.

Ditambah pula apabila Jumaat adalah hari bekerja sudah tentu banyak urusan perlu dilaksanakan. Selain itu, sikap umat Islam sendiri yang mengambil ringan kewajipan solat Jumaat dan kandungan khutbah disampaikan.

Menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah bertentangan dengan adab mendengar khutbah.

Rasulullah menyuruh mereka yang hadir mendengar khutbah supaya diam dan khusyuk. Sabda Baginda “Jika engkau mengatakan kepada sahabatmu pada hari Jumaat ‘diam’ padahal imam pada ketika itu tengah berkhutbah, maka sesungguhnya engkau benar-benar berkata sia-sia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan itu tidak sepatut�nya berlaku kerana mengakibatkan pelaksanaan kewajipan Jumaat tidak sempurna. Ganjaran keampunan Allah daripada Jumaat ke Jumaat seterusnya mungkin terlepas.

Oleh itu menggunakan telefon bimbit ketika khatib menyampaikan khutbah adalah makruh. (Lihat juga, artikel, ‘Jangan Sia-siakan Pahala Sembahyang Fardu Jumaat Hanya Kerana Telefon Bimbit,” http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2011/bil27-2011.pdf)

Ragu solat qasar, jamak

SAYA mempunyai kemusykilan berkenaan solat jamak dan qasar. Dari pemahaman dan pengetahuan saya, solat itu boleh dilaksanakan jika jarak perjalanan melebihi dua marhalah atau 90 kilometer (km).
Jika saya dalam satu perjalanan yang jauh dan berhenti seketika untuk mengerjakan solat Zuhur kemudian dijamakkan dan qasar dengan Asar. 
Apa yang saya tahu jika saya sampai ke rumah sebelum masuk waktu Asar, bermakna solat jamak Asar saya tadi terbatal dan perlu solat Asar semula dengan empat rakaat seperti biasa.

Tetapi, saya keliru kerana ada pendapat mengatakan tidak perlu solat Asar semula kerana sudah dilaksanakan dalam perjalanan tadi. Jika saya ingin ke Pahang dari Ipoh, tetapi singgah bermalam di Kuala Lumpur selama dua hari sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang, adakah saya masih boleh meneruskan solat jamak dan qasar?

Bagaimanakah cara pengiraan hari bagi melakukan solat jamak dan qasar itu?

ABDUL HAMID,
Perak 




ISLAM memberi keringanan bagi orang musafir untuk melakukan solat fardu dengan menjamak dan menqasarkan berlandaskan syarat tertentu.

Apabila sudah melaksanakan tanggungjawab seperti mengerjakan solat Zuhur dan Asar secara jamak dan qasar, pelaksanaan kewajipan solat sudah sempurna dan tidak perlu diulangi lagi seperti situasi di atas tadi.

Dengan kata lain, ia tidak terbatal hingga terpaksa mengulangi solat Asar.
Dalam keadaan bermusafir, menjamak dan menqasar solat boleh dilakukan selama tiga hari tiga malam apabila tidak berniat untuk menetap (bermukim).

Anda boleh melakukan solat jamak dan qasar ketika di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang. Kemudahan untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasar’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 101)

Dibayangi dosa terlanjur zaman belajar

SAYA berusia 23 tahun dan bekerja di salah sebuah syarikat perubatan swasta. Ketika di institut pengajian tinggi (IPT) saya pernah beberapa kali terlanjur dan sering mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Tapi sekarang saya insaf dan ingin berubah. Saya selalu solat, berzikir dan melakukan pelbagai aktiviti untuk melupakan semua kenangan lama itu. Namun, saya masih berasa terganggu. 
Hati saya tidak tenteram hingga kadang-kadang tidur saya terganggu dengan mimpi sedemikian. Saya ingin bertaubat tapi setiap kali saya melakukan solat, saya mesti rasa terganggu dan terbayang apa yang saya sudah lakukan.

RYNA,
Kedah 


KEADAAN hati yang tidak tenang berpunca daripada diri manusia itu sendiri.
Menurut Islam manusia mempunyai unsur fizikal, roh dan akal.

Roh boleh dihubungkan dengan tiga keadaan nafsu dalam diri manusia, iaitu (1) nafsu ammarah bi-su’, (2) nafsu lawwamah, dan (3) nafsu mutama’innah.

Nafsu ammarah bi-su’ sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan dan dosa.
Sementara nafsu lawwamah sentiasa menyalahkan diri apabila melakukan dosa dan kesalahan.

Seterusnya nafsu mutma’innah ialah nafsu berada dalam ketenangan apabila ia kembali kepada Allah dengan mematuhi segenap segi ajaran Islam.

Kita sentiasa terganggu dengan dosa lalu kerana akal manusia ada kekuatan ingatan. Ingatan terhadap dosa-dosa lampau ada baiknya kerana ia menjadikan kita sentiasa berwaspada supaya tidak mengulangi perbuatan sama lagi.

Bagaimanapun, kita boleh melupakannya dengan bertaubat kepada Allah. Dengan bertaubat, dosa lalu diberi keampunan jika kita benar-benar insaf dan mahu kembali kepada Allah.

Allah Maha Pengampun dan Penyayang kepada hamba-Nya. Kembalilah kepada ajaran Islam kerana hati kita pasti tenang kerana percaya kepada rahmat serta keampunan-Nya.

Ajaran dan suruhan Islam hendaklah sentiasa dilaksanakan seperti solat wajib, begitu juga dengan amalan sunat seperti doa, zikir dan membaca al-Quran.

Semuanya membawa kepada ketenangan hati dan jiwa bagi setiap manusia.
Memutuskan diri dari Allah menjadikan manusia sentiasa hidup dalam kegelisahan dan merana dunia dan akhirat.

Itulah CINTA

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN. Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA. Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA. Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA. Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!

Cara Terbaik Jauhi Maksiat

Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena MAKSIAT yang mendorong kepada hidup bebas, berpacaran dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya Barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini. Antara Cara Mengatasi: Selain kita wajib menjauhi aspek-aspek negatif yang disebutkan, kita perlu kembali kepada cara asas yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Iaitu; i. Menundukkan pandangan, baik lelaki mahupun perempuan. Dalam erti kata khusus, menjaga pandangan mata daripada bercampur dengan unsur-unsur seksual. Daripada Jarir bin ’Abdillah al-Bajali RA, berkata: “Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang memandang perempuan dengan pandangan secara tiba-tiba, maka baginda memerintahkanku untuk memalingkan pandanganku.” Dalam riwayat lain beliau bersabda: “Tundukkan pandanganmu.” (Riwayat Muslim) Daripada ’Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya berkata, Rasulullah SAW bersabda kepada ’Ali bin Abi Talib RA: “Hai ‘Ali, janganlah engkau ikuti satu pandangan dengan pandangan lainnya. Sesungguhnya bagimu hanya pandangan yang pertama dan tidak bagi pandangan yang selanjutnya.” (Riwayat Abu Dawud) ii. Menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ini kerana pergaulan itu perlu bersandar kepada batasan-batasan syarak. Daripada Ibnu ’Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat al-Tirmizi) iii. Menekankan tanggungjawab kaum lelaki dalam membimbing kaum wanita agar mengikuti kehendak syarak, seperti tanggungjawab bapa terhadap anak perempuan, dan tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebagainya. Daripada Usamah bin Zaid RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku tinggalkan fitnah di tengah-tengah manusia sepeninggalanku yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Semoga kita dan zuriat kita dipelihara dan dijauhkan oleh Allah SWT daripada perbuatan keji dan maksiat ini.

Thursday, February 23, 2012

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat, Bagaimana Cara Memudahkannya?

1. Laluan Menuju Ke Kubur --> Jauhkan Dari Perbuatan Mengumpat Dan Mencaci --> Hindarkan Perasaan Irihati ... --> Jangan Terpengaruh Dengan Harta Dunia --> Sucikan Qada' Hajat Dengan Istibra' 2. Laluan Untuk Berjumpa Izrail --> Bersihkan Diri Dengan Bertaubat --> Gembirakan Hati Orang Mukmin --> Bayar Semula Qada' Yang Tertinggal --> Kasih Sepenuh Hati Kepada Allah Taala 3. Laluan Untuk Bertemu Mungkar Nakir --> Mengucap Dua Kalimah Syahadah --> Suka Memberi Sedekah --> Berkata Benar --> Bersihkan Dan Perbaiki Hati 4. Laluan Untuk Memberatkan Timbangan --> Sucikan Perkataan Dan Pakaian --> Bersyukur Dengan Yang Sedikit --> Suka Dan Redha Dengan Yang Didatangkan Oleh Allah --> Belajar Atau Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat 5. Laluan Memantapkan Amalan --> Jauhkan Perkataan Yang Sia-Sia --> Pendekkan Cita-Cita Dunia --> Banyakkan Puji-Pujian Kepada Allah --> Banyakkan Sedekah Dan Akhirat 6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim --> Kasihilah Allah Taala --> Berbaktilah Kepada Kedua Ibubapa --> Berpegang Teguh Dengan Hukum Syarak --> Bercakap Perkataan Yang Baik Sesama Makhluk 7. Laluan Menjauhkan Diri Dari Neraka --> Banyakkan Membaca Al-Quran --> Banyakkan Menangis Kerana Dosa-Dosa Yang Lalu --> Tinggalkan Perkara Maksiat --> Jauhkan Segala Yang Haram 8. Laluan Untuk Memasuki Syurga --> Membuat Kebajikan Seberapa Banyak Yang Boleh --> Kasihi Orang Yang Soleh --> Kerjakan Segala Suruhan-Suruhan Allah --> Merendahkah Diri Di Antara Semua Makhluk Allah 9. Laluan Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW --> Kasihilah Nabi Allah --> Kasihilah Rasulullah SAW --> Tuntutilah Yang Difardhukan Oleh Allah --> Banyakkan Selawat Nabi Muhammad SAW 10. Laluan Untuk Bertemu Allah --> Serahkan Seluruh Jiwa Raga Kepada Allah --> Hindarkan Diri Dari Menderhaka Kepada Allah --> Betulkan Dan Baikkan I'tiqad Kepada Allah --> Bencikan Segala Yang DiharamkanNya