Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, January 27, 2012

Sunnah Fitrah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani, Tuhan semesta alam, pencipta jagat raya dalam waktu 6 hari, pemilik segala jiwa dan raja segala raja. Islam agama yang syumul, meliputi segenap hidup aspek kehidupan seorang manusia, baik yang berhubungan secara langsung dengan keagamaan mahupun yang bersangkut paut urusan kedunian. Ingin saya berkongsi sebuah hadis yang mungkin jarang-jarang didengar, tapi mungkin sangat praktik untuk diamalkan dalam kehidupan, hadis shahih dari Nabi agung kekasih Allah Muhammad bin Abdullah. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya.


شْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ الْمَاءِ وَقَصُّ الْأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ قَالَ زَكَرِيَّاءُ قَالَ مُصْعَبٌ وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ

“Ada sepuluh macam fitrah, yaitu memotong misai, memelihara janggutt, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung,-pen), memotong kuku, membasuh persendian, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (cebok) dengan air.” Zakaria berkata bahwa Mu’shob berkata, “Aku lupa yang kesepuluh, aku merasa yang kesepuluh adalah berkumur.”(HR. Muslim no. 261, Abu Daud no. 52, At Tirmidzi no. 2906, An Nasai 8/152, Ibnu Majah no. 293)

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْآبَاطِ

"Ada lima macam fitrah, yaitu: khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kumis, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.”(HR. Bukhari no. 5891 dan Muslim no. 258)
Dari kedua hadis diatas ini, kita boleh ambil sepuluh perkara iaitu:

  1. Khatan
  2. Istinja’ (cebok) dengan air
  3. Bersiwak
  4. Memotong kuku
  5. Memotong misai.
  6. Memelihara janggut.
  7. Mencukur bulu kemaluan
  8. Mencabut bulu ketiak
  9. Membasuh persendian (barojim) yaitu tempat melekatnya kotoran seperti sela-sela jari, ketiak, telinga, dll.
  10. Berkumur-kumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung), juga termasuk istintsar (mengeluarkan air dari dalam hidung)

10 perkara diatas adalah yang dikenal dalam agama sebagai sunnah fitrah.
Sunnah fitrah adalahadalah suatu tradisi yang apabila dilakukan akan menjadikan pelakunya sesuai dengan tabiat yang telah Allah tetapkan bagi para hambanya, yang telah dihimpun bagi mereka, Allah menimbulkan rasa cinta (mahabbah) terhadap hal-hal tadi di antara mereka, dan jika hal-hal tersebut dipenuhi akan menjadikan mereka memiliki sifat yang sempurna dan penampilan yang bagus.

Hal ini merupakan sunah para Nabi terdahulu dan telah disepakati oleh syariat-syariat terdahulu. Maka seakan-akan hal ini menjadi perkara yang jibiliyyah (manusiawi) yang telah menjadi tabi’at bagi mereka. (LihatShohih Fiqhis Sunah, I/97).

Penjelasan:
(1) Mencukur bulu kemaluan:

Yang dimaksud dengan bulu kemaluan di sini adalah bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan. Dinamakan istihdad (asal katanya dari hadiid yaitu besi-pen) karena hal ini dilakukan dengan sesuatu yang tajam seperti pisau cukur. Dengan melakukan hal ini, tubuh akan menjadi bersih dan indah. Dan boleh mencukurnya dengan alat apa saja, baik berupa alat cukur atau sejenisnya. (Al Mulakhos Al Fiqh, I/37). Bisa pula dilakukan dengan memotong/menggunting, mencukur habis, atau dengan mencabutnya. (LihatAl Wajiz fii Fiiqhis Sunah wal Kitaabil ‘Aziz, 29 danFiqh Sunah, 1/37).

(2) Memotong misai dan merapikannya.


Iaitu dengan memotongnya sependek mungkin. Dengan melakukan hal ini, akan terlihat indah, rapi, dan bersih. Dan ini juga dilakukan sebagai pembeza dengan orang kafir, (LihatAl Mulakhos Al Fiqh, 37). Hadits-hadits tentang hal ini terdapat dalam pembahasan ‘memelihara janggut’ pada bagian selanjutnya.

(3) Memotong kuku


Iaitu dengan memotongnya dan tidak membiarkannya memanjang. Hal ini juga dilakukan dengan membersihkan kotoran yang terdapat di bawah kuku. Dengan melakukan hal ini akan terlihat indah dan bersih, dan untuk menjauhi kemiripan (tasyabbuh) dengan binatang buas yang memiliki kuku yang panjang. (LihatAl Mulakhos Al Fiqh, 38).

(4) Mencabut bulu ketiak


Iaitu, menghilangkan bulu-bulu yang tumbuh di lipatan ketiak. Baik dilakukan dengan cara dicabut, digunting, dan lain-lain. Dengan melakukan hal ini tubuh akan menjadi bersih dan akan menghilangkan bau yang tidak enak yang disebabkan oleh keberadaan kotoran-kotoran yang melekat pada ketiak. (LihatAl Mulakhos Al Fiqh, 38)

(5) Berkhatan


Berkhatan (ada yang menyebutnya dengan ‘sunnat’,-pen) adalah memotong kulit yang menutupi kepala/ujung kemaluan bagi laki-laki dan memotong kulit bagian atas kemaluan bagi perempuan. (LihatShohih Fiqh Sunah, I/98). Tujuannya adalah untuk menjaga agar di sana tidak terkumpul kotoran, juga agar leluasa untuk kencing, dan supaya tidak mengurangi kenikmatan dalam bersenggama. (Fiqh Sunah, 1/37).

Itu adalah sedikit penjelasan tentang sunnah-sunnah fitrah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Mungkin kita sudahpun mengamalkan sebahagian besar dari amalan tersebut, tetapi tidak menyadari bahawa perbuatan itu sangat dianjurkan dalam agama Islam.

Bersyukurla, kerana Allah telah menghidayahkan kita dengan nikmat Iman dan Islam ini. Marilah sama-sama mengamalkannya.
wallahu a'lam. Jakarta 21,Jan 2012.

Rujukan :
(1) Shahih Fikih Sunnah Abu Malik Kamal Bin Said Salim
(2) Figh Sunah Sayyid Sabbiq

Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud ldquo;Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

Berkat Membaca Bismillah

Sebuah kisah menarikuntuk renungan bersama...

Ada seorg perempuan tua yg taat beragama, tetapi suaminya seorg yg fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajiban beragama dan tidak mahu membuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kpd Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : " Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"

Untuk membuat sesuatu yg memeranjatkan istrinya, dia memberikan wang yg banyak kpd isterinya dgn berkata "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yg selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yg disimpan oleh isterinya. Kemudian dgn senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yg aku berikan kpd engkau dahulu utk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dgn berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu, dia membukanya dgn membaca "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril AS utk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kpd suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kpd isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca bismillah apabila hendak memulakan sesuatu kerja.  

Ingat Mengigati Sesama Kita

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI..

Mengagung-Agungkan Rasulullah Di Bulan Kelahirannya

Dah 3 hari kita di bulan kelahiran Rasulullah. Mungkin kita boleh banyakkan bertasbih, bertahmid dan berselawat, memuji Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wassalam. Saban tahun kita akan menyambut maulid atau maulud nabi tapi yang sedihnya kita sekadar mengingati Nabi pada masa itu sahaja. Cuti am sempena Maulidul Rasul tahun ni, back2back dengan Thaipusam. Yang kita tau, seronok dapat cuti. Agaknya jika tiada sambutan memperingati maulid .. lagilah .. agaknya nak sebut Rabi'u-(a)l_auwal pun tidak terkeluar bunyi .. bergulung lidah!

Sambutan memperingati Maulid Nabi SAW ini .. suatu tarbiyah .. suatu pendidikan .. belajar menghargai apa yang dikurniakan Allah SWT .. belajar memperingati satu tarikh yang sangat penting dalam sejarah kehidupan beragama .. belajar menyingkap kembali detik-detik peristiwa sejarah yang membawa kesan dalam kehidupan manusia sejagat .. belajar meng appreciate atas terjadinya suatu peristiwa yang telah begitu banyak mendatangkan kebaikan diseluruh alam berzaman-zaman .. peluang untuk setiap kita review .. setakat mana kita mempunyai info mengenai seorang insan terpilih dan apa juga yang dilaluinya .. diperjuangkannya .. disampaikannya .. dilaksanakannya .. dirintisnya .. diwasiatkannya .. untuk kita lanjutkan .. untuk kita teruskan .. untuk kita hayati .. dalam ruang lingkup kehidupan yang serba sementara ini!


Sirah Baginda boleh diulangkaji .. dirujuk semula .. dihijaukan semula dalam ingatan .. disuburkan semula dalam jiwa .. dipanaskan semula dalam semangat jihad! Bahawa kehadiran setiap kita hari ini .. bukan sekedar untuk bermain-main .. bukan sekedar untuk bersenda gurau .. bukan sekedar untuk mengisi suatu ruang masa .. bukan sekedar untuk melalui suatu proses hayat .. tetapi .. ada suatu misi yang mesti kita capai .. ada suatu tugas yang perlu kita laksanakan .. ada suatu amanah yang perlu kita tunaikan! Bahawa insan yang diutus sebagai rahmat seluruh alam telah wafat .. bahawa kita adalah ummat Baginda SAW .. bahawa kita ada kerja yang perlu dilakukan ..

[Kamu semua adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk seluruh manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, dan kamu menghalang kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah]!

Jika kita benar kasih Baginda Nabi SAW .. mengapa tarikh lahirnya tidak kita ingati .. mengapa tarikh kenabiyannya tidak kita syukuri .. mengapa tarikh hijrahnya tidak kita pelajari .. mengapa tarikh kewafatannya tidak kita tangisi .. mengapa perjuangannya tidak kita contohi .. mengapa kerisauannya tidak kita ambil perhatian .. mengapa harapannya tidak kita jadikan kenyataan .. mengapa sunnah-sunnahnya tidak kita hidupkan?

Mengapa kita lebih peka atas tarikh-tarikh lain yang bersifat duniawi ..kita lebih ingat tarikh valentine's day .. kita lebih ingat tarikh April Fool .. .. kita lebih ingat tarikh itu ini yang sangat ciput kesannya .. malah negatif pula akibatnya .. untuk dunia dan akhirat kita?

Benar .. semua itu bukan bermusim ... detik demi detik .. jam demi jam .. hari demi hari .. namun manusia kadang alpa dan terlalai .. hayal dan terpesona dengan pujukan dan pesona rona-rona kehidupan dunia modern .. .. so .. adanya majlis atau acara sambutan seperti memperingati Maulid .. merupakan satu station atau satu checkpoint yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan berkenaan .. warm up semula .. sebelum meneruskan tapak-tapak teguh ke medan pengurbanan dan perjuangan .. selagi hayat dikandung bada. Setidak2nya buat kata Ustaz Don Danial..perbanyakkan baca Selawat Syifaa, Selawat Fatih, Selawat Munjiyat dan macam2 selawat lagi..  

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...